Assalamualaikum & salam sejahtera
Baru-baru ni ada terbaca pasal update berkenaan isu harga barang ‘lain yang dilabel, lain yang dibayar’. Di mana harga yang perlu dibayar adalah lebih mahal berbanding harga yang dilabel pada produk.
Sebenarnya sebagai pengguna / pembeli, kita kena ‘alert’ tentang hak sebagai pengguna terutama dalam bab harga ni. Aku pun tidak terkecuali merasa pengalaman isu ‘lain yang dilabel, lain yang dibayar’ ni. Sebab itu aku akan berusaha untuk pastikan semak semula resit pembelian on the spot jika barang yang dibeli itu tidaklah banyak mana. Kalau dah terlalu banyak sampai 2 3 troli, semak kat rumah je lah.
Logiknya, kita mesti akan ingat harga sesuatu barang itu jika selalu dibeli. Macam aku, memang aku selalu beli pampers dan susu anak. Sudah tentu aku perasan akan perubahan murah mahal harga. Lebih-lebih lagi jika di kedai yang selalu aku beli.
Macam malam semalam, aku beli pampers jenama Pet Pet dan susu formula Enfagrow A+ Step 3 untuk Afiq. Kebiasaannya, kat speedmart lah. Harga biasa pampers memang selalunya RM 32.90. Tapi entah kenapa malam tadi, harga pampers tu RM 26.50! Beza RM 6.40. Aku tak percaya so aku pun belek pek pampers jenis yang sama tapi packaging lain la. Ternyata memang harga pada label adalah RM 26.50. Bahagia rasanya malam tadi sebab dapat beli barang biasa pada harga murah.
Sampai di kaunter, scan harga barang, dan memang mata aku fokus pada skrin komputer ‘cashier’. Dan aku terpandang harga pada skrin untuk pampers Pet Pet adalah RM 33.95. Eh? Lain. Terus aku tegur.
Aku : Kenapa pada skrin tu harga pampers RM 33.95 tapi pada label harga pampers ni (sambil jari telunjuk dok tunjuk label harga pada pek pampers) RM 26.50. Lain…
Cashier : Haaa..?
Kebetulan Ketua ‘cashier’ ada kat kaunter tu. Dia pun terkejut bila aku cakap macam tu. Dia tengok kemudian terdengar nama seorang staf dipanggil kerana tersalah melabel harga produk.
Aku keluarkan handphone, cari kalkulator dan semak beza harga adalah sebanyak RM 7.45! Ketua ‘cashier’ tu pun tekan kalkulator jugak tapi ada situasi kebengongan di situ. Mungkin dek kerana rasa cuak atau kegelabahan melampau, Ketua ‘cashier’ bagi arahan pada ‘cashier’ “Awak tolak harga pampers ni sebanyak RM 26.50”. Aku dah macam “Ehhh? rezeki dapat barang hampir free ke apa ni?” monolog dalam hati. Mungkin jugak sebab tadi Ketua ‘cashier’ tu dok fikir amaun RM 26.50 tu dalam kepala otak dia, itu yang tersebut tu. He he.
“Kesian orang lain yang ‘kena’…” respons aku sambil senyum pada Ketua ‘cashier’ yang juga senyum kerana rasa bersalah.

Disebabkan ‘cashier’ tadi dah tekan butang Enter untuk tunjukkan jumlah harga barang, makanya, tercetaklah resit yang menunjukkan harga pampers yang salah tadi. Tapi….
Ketua ‘cashier’ : Pada resit ni memang tunjukkan harga yang kita scan tadi tapi kami caj kad awak pada harga yang RM 26.50 yer..
Jelas Ketua ‘cashier’. Aku pun bayar harga barang mengikut harga yang diperhatikan dan telah dipersetujui sebelum beli.
Nasib baik situasi macam ini aku dapat lalui dengan tenang, senyum dan waras. Kalau tidak, mungkin salah seorang dari kami, sama ada aku atau staf kedai berkenaan yang naik angin. Bab duit, macam-macam hal boleh jadi.
Dah setel semua urusan, aku pun berlalu pergi sambil kepala otak ni dok mengira hari kepulangan suami tercinta yang kini jauh di mata namun dekaaaat di hati :-)





