Afiq Hazim Ada Passport. Ko ada?

Assalamualaikum.

Hari ini 1 Oktober 2013. Genaplah anak kami, Afiq Hazim 4 bulan. Ahad lalu aku membawa Afiq Hazim ke Imigration untuk membuat passport dia. Aku dengan Red Linda memang sudah buat passport masa kami hendak ke Singapura tahun lepas. Dari pengalaman sebelum ini, bila hujung tahun sahaja punya ramailah orang di imigration untuk buat passport. Jadi kami membuat keputusan untuk buat awal walaupon bercadang bercutinya insyallah hujung tahun ini.

Pada awal perancangan ingin membuatnya di imigresen Shah Alam sahaja. Pagi sabtu kami bersiaplah tiga beranak untuk ke imigresen shah alam. Sampai sahaja di sana dalam pukul 8.30 pagi. Tapi hampa, sampai-sampai nampak sign no habis. Aduhai..kecewa.. Jadi kami terus gerak balik kampung yang opismate aku kata jangan panggil kampung, iaitu di rumah parent Red Linda yang terletak di Cyberjaya. Rumah mak ayah dia, jadi kampung aku la kan? hihi..sebenarnya diorang tanak terkeliru sebabnya bila aku kata hendak balik kampung berebut-rebut la diorang hendak order ikan bilis. Berkilo-kilo jugak la aku beli, dah boleh bukak kedai kat sini.

Ok, sambung balik. Jadi aku ambil keputusan untuk membuat passport Afiq Hazim di imigresen Putrajaya sahaja. Seawal jam 7.00 pagi aku gerak. Kompem2 la Afiq Hazim pon tak mandi time tu. Mesti dia heran, apa pasal pagi2 buta bapak aku dok angkut aku. Bukan hari kerja pon. (Macam dia paham..keh3..) Sampai imigresen Putrajaya jam 7.30 pagi. Keadaan dia bangunan tu memang sunyi, dalam hati aku. Bagus ni, cepat settle. Sampai-sampai jer kat pejabat imigresen..jeng3..

Pergh! punya la ramai orang macam hendak audition AF. Pintu office memang x bukak time tu. Dalam hati aku, mintak2 la cukup nombor. Jangan la habis time aku, memang aku lempar lampin Afiq Hazim kalau habis (time tunggu ambil no Afiq Hazim dah settle lepaskan hajat). Sampai giliran ambil no, tertulis di kertas kecil tu: “No giliran anda 1115. No sekarang 1004.Sila duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi.” Patut ayat sebentar tu, diorang tulis macam ini “SEBENTAR” baru orang faham.

Jadi pergilah aku dengan Afiq Hazim mencebuk lepas tu merayau. Lepas tu pergi kedai makan kat block sebelah lepak2 main Candy Crush. Dekat sejam jugaklah.. Cakap kat Afiq Hazim, “No kita kena panggil ni kot, kalau terlepas kita cakap la Afiq Hazim pergi berak tadi”. Sampai2 di kaunter, no dia 1041. Adus, lambat lagi. Pusing-pusing la dulu, dekat 5 kali aku tawaf bangunan tu sampai tertidur Afiq Hazim. Korang tahu pukul berapa nombor naik? Pukul 11.30. Membuatnya tidak sampai 15 minit. Siap passport dalam pukul 12.30. Sejam jer prosesnya. Tapi menunggu tu satu seksaan.

passport malaysia bayi
Inilah passport Afiq Hazim

Nasihat aku pada korang, buat la time office hour tapi bukan time hujung tahun atau cuti sekolah. Kalau malas hendak menunggu lama, carilah pejabat imigresen di bukan kawasan bandar seperti contoh Kuala Selangor. Tapi alhamdulillah semuanya settle. Afiq Hazim boleh bercuti!

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply