Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua:-)
Semoga anda semua sihat hendaknya.
Well… perkataan GUGUR adalah istilah yang paling memeritkan bagi pasangan berkahwin yang teringiiin sangat memiliki zuriat. Lebih- lebih lagi pada si isteri yang selalunya yang akan dipersalahkan @ dipandang serong oleh keluarga mertua kerana ditafsirkan sebagai “mandul” atau “tidak subur” dan lebih haram J bila mertua mengatakan “keturunan aku tak ada yang mandul tau!” Dahtu, anak laki kau tu bukan kahwin dengan anak perempuan mak aku? Ha ha. Cakap tak fikir! Cchhooyyyy!
*situasi di atas aku petik dari drama melayu yang aku tak ingat tajuk ceritanya
Aku pun tak terlepas dari mengalami pengalaman ‘KEGUGURAN’ dan aku faham bagaimana perasaannya wanita di luar sana yang berharap macam aku. Isk isk isk.
Pernah sekali lambat datang period, huh! Dah bajet “hah! Mengandung la ni..” siap pergi klinik buat Urine Pregnancy Test (UPT). Result? FAIL! Tunggu seminggu pastu, konon nak test sendiri. Doktor siap bagi extra UPT kit. Baru nak test, sekali masuk toilet, tengok panty, period pulak! Emosi jugak aku seharian tu.
Nasib baik check up & test kit tu FREE sebab klinik panel. Kalau tidaaakkk…Sia-sia je rasa.
Dalam banyak kali aku mengalami KEGUGURAN, keguguran yang satu ini, yang akan aku ceritakan ini adalah peristiwa keguguran yang akan aku ingat sampai bila-bila. Kesannya, sampai sekarang aku rasa! Stress tahu?
Dan lebih menyeksakan jiwa bila tiap-tiap kali masuk toilet, mesti stress! Terbayang kejadian keguguran yang satu itu. Semuanya bermula sejak aku disahkan mengandung. Makan minum, kesihatan, segala mak nenek pantang larang dan segala-galanya aku dan encik suami jaga. Almaklumlah, excited nak dapat anak pertama… sehinggalah kandunganku memasuki 39 minggu lebih…
Tapi apakan daya aku dan encik suami hanyalah hamba Allah yang lemah. Allahuakbar! Sungguh sakit rasanya jiwa ini bila diuji lagi dengan KEGUGURAN. Allah telah menentukan bahawa aku mengalami KEGUGURAN…
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
RAMBUT YANG SANGAT SERIUS TAPI BELUM SAMPAI TAHAP BOTAK LAAA…
Adoiii..lepas bersalin, keguguran rambut makin menjadi-jadi! Nak lagi bila rambut basah lepas mandi. Sekali lurut, segenggam rambut dalam tangan. Dalam toilet kat rumah tu, menggunung timbunan rambut gugur. Lantai rumah pun ‘dihiasi’ dengan rambut-rambut yang mudah gugur. Tersayat rasanya hati bila sikat / lurut rambut dengan jari pun, sungguh mudah rambut ni gugur. T?T
“Kenapa rambut kakak dah nipis?” Tegur anak perempuan jiran yang rumah dia kalau masuk ikut pintu belakang lagi dekat dari pintu depan.
Aku pasrah je la…
P/s : Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hambaNya :-)






heeeee….selamat mengalami KEGUGURAN rambut linda!;p hormon berubah tu pasal rambutnya pun gugur dengan banyaknya.
Ha ah..selamat… :-)
chaitt…. ingatkan apa tadi… baca dengan penuh serius ok!….