3 Hari 4 Malam Tanpa Internet

Selamat petang. Kecian dekat blog aku ni. Sudah lama blog aku sunyi, siap penuh semak samun. Aku bukan tiada idea or cerita untuk update cuma ada masalah technical. Masalah technical apa? Sudah 3 hari 4 malam aku tidak boleh connect dengan P1 Wimax. Memang sakit hati tahap dewalah. Ye la sehari dua boleh tahan, ini sampai 3 hari sapa boleh tahan. Gua ni dah la gian dengan internet ni. Lepas aku buat sedikit ugutan, jadi hari ini mereka menghantar technician untuk datang ke rumah aku. Apa pun aku ucapkan tahniah dengan P1 Cares di twitter sebab mengambil berat tapi kalau call careline diorang memang hampeh. Buat tambah sakit hati ada la.

Time aku cuti la internet hendak buat hal yer. Sudah la, aku cuti sampai isnin jadi masa berkualiti aku tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk update blog dan membuat perkara yang sepatutnya. Weekend aku memang penuh dengan aktiviti. Bermula dengan jumaat malam tiba-tiba mendapat panggilan dari cik norfa yang mengajak aku tengok wayang. Cerita apa? Cerita karate kid. Cis aku sudah tengok la. Tapi disebabkan internet macam bengong dan tv1 takder live bola aku pergi la.Dah la ticket free, siap dapat air dan popcorn set besar free tu. Bagus tak.hehe..3 hari aku bfast popcorn sebab nak abiskan. Perlukah aku buat review cerita karate kid buat kali ke 2? Rasanya tidak perlu, korang boleh baca disini Review : Karate Kid

Sabtu pula, pergi tengok A-Team dengan member office. Sampai dekat TGV Bukit Raja hampir 1.30. Nasib baik tidak ramai jadi banyak la seat kosong. Pergh cite memang gempak siut. Nanti aku buat review. Ahad aku pergi melaka sebab ada kenduri kahwin dan aku juga ingin mengambil barang dia rumah lama aku. Cek aku sudah sampai kesana, ini bukan cek Nuffnang. Ini cek deposit telefon rumah.

Isnin aku ambil cuti sebab aku hendak merehatkan rohani dan jasmani.hehe..Tapi tidak rehat mana sangat pon. Hati tetap panas sebab internet still tidak ok. Lepas itu diganggu pula dengan orang yang tidak senang hati tengok aku bercuti iaitu kak sumijelly dan cik helena. hehe.. Aku pergi ke office Nuffnang untuk mengambil hadiah yang tercicir. Macam mana boleh tercicir pon aku x tau :) Then hadiahnya aku dapat sebijik lagi bag P1 dengan color yang sama. Nanti aku lelong kat mudah.com yer.haha.. Tengah hari lunch dengan buah hati pengarang jantung. :p Petang itu tido tidak sedarkan diri sehingga di kejutkan panggilan dari cik Helena. Itu lah episode selama blog ini sunyi sepi.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “3 Hari 4 Malam Tanpa Internet

  1. padahal ko satu office dgn aku tp mcm mn dia lebih tau dari ko ni.mungkin nk buat aku adik ipar dia kot. tunggu ko,mintak no adik x kasi2.haha.. :p

Leave a Reply