Berbuka Puasa Satey Kajang Bersama Blogger

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Majlis berbuka puasa ni berlaku pada hari sabtu. Tapi hari ini baru sempat nak update cerita. Event ini berlangsung di Satey Kajang Haji Samuri yang terletak di Kajang. Ye la nama pon satej kajang. Eh, korang jangan tak tau Satey Kajang Haji Samuri terdapat banyak francais antaranya Shah Alam, Damansara, Putrajaya dan banyak lagi. Memang cukup terkenal Haji Samuri ini. Kaya dengan jual satey jer.

Advertisement

Macam biasa, apa-apa event aku akan hadir awal kecuali ada sebab-sebab yang tidak boleh dijangka. Hari hujan masa pergi ke sana, aku pula tidak pernah pergi kesana, jadi GPS dijadikan pedoman untuk ke arah jalan kebenaran. Aku tidak hadir kesorangan, di temani oleh cinta hati aku. Sampai sana, seorang pon tiada lagi. Pekerja dan pelanggan lain ada la, maksud aku yang join gath ni. Kalau semua orang takde mean tutup la kedai tu.


Antara blogger yang hadir dari kiri :
Broframestone, Melz, Bean Moreno,Aiensepet, Cikhel, Red Linda, Anakperak, Anak dan isteri, Mat Joe, Fazreen, Eny, Paeh, Arifshah, Ejan (abang Melz), Khaizarien

Tunggu punya tunggu, sampai lah Bean dan isteri tersayang dengan Bean memakai halmet steng sambil bertopeng muka. Gaya seperti sorang penunggang virago yang setahun berpuasa. Sedang lepak² sembang muncullah Melz dan abangnya. Baru 6 orang, mana lagi yang lain. Jam sudah 6.30, orang makin ramai. Kami pon naik tingkat atas untuk ke meja 200 yang dikatakan sudah di tempah. Naik atas, meja itu tertulis nama orang lain. Udah, sudah mana kita hendak makan. Nasib baik masih ada meja kosong lagi. Dalam pukul 7 datang lah ramai lagi. Memang penuh meja tu,siap kena tambah sebab tadi malas tambah takut nanti orang tengok tamak sangat, orang 6 meja panjang.

Inilah satey ayam dan daging. Ayam untuk Linda dan daging untuk aku. Nasi goreng yang tidak nampak menyelerakan. Lapar punya pasal, bedal jer

Apa menu berbuka. Sudah berada di satey kajang. Takkan nak order steamboat kot, kompem la order satey. Aku, kalau makan satey jer, memang tidak kenyang. Jadi order la nasi goreng kampung. Linda kata dia nak makan satey sahaja. Melz juga belanja satey, maka penuhlah meja itu dengan satey. Cik Helena kelambatan jadi makan satey dengan 3 gelas air. Lepas makan, huha³ sampai kul 10 then gerak uptown jalan Reko.Bean cakap hendak beli seluar, last² aku tengok bini dia jer beli. Takder saiz kot.hehe..Dalam pukul 11 lebih bersurai.

Apa yang Linda dok cium aku pon tak tau, cik helena pon muka pelik tapi last² dia beli.haha.. Buat discussion tidak tahu hendak beli ape.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Berbuka Puasa Satey Kajang Bersama Blogger

  1. salam bro. sib baik ko kasik org lain kt url kat blog ni, baru tahu. x sempat nak lepak lama2. berfamiliy ni limited skit masa.

    aku mmg suka satay kajang. sib baik bean cadang area yg dekat dgn umah aku

Leave a Reply