SENARAI PERBELANJAAN KELENGKAPAN SEKOLAH TAHUN 1/2020 UNTUK AFIQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang dah pertengahan bulan Disember, boleh kata hampir siap lah kelengkapan sekolah untuk Afiq masuk Tahun 1/2020. Tulis sini supaya in future, kalau Mama nak tengok semula, boleh rujuk jika perlu.

Mama memang suka shopping di AEON mall sebab banyak pilihan dan keperluan yang boleh dibeli dalam 1 tempat.

Barang PERTAMA dan utama yang dibeli adalah UNIFORM sekolah. Obviously, bila hal sekolah mesti terus fikirkan baju dan seluar sekolah. Mama cari awal lagi. Betul-betul minggu cuti sekolah baru nak bermula.

Baju lengan pendek putih, berkolar (Canggih Premier) harga asal RM 27.90. Selepas diskaun 15%, harga jadi RM 23.72.

Seluar panjang biru gelap (Canggih Premier) harga asal RM 36.90. Selepas diskaun 15%, harga jadi RM 31.37.

Baju dan seluar sekolah beli 4 pasang terus untuk kegunaan Isnin-Khamis. Kalau kata tak guna 1 pasang-1 hari pun, at least bila emergency, adalah uniform standby sebagai penyelamat.

Songkok hitam harga RM 15.00

Seluar tracksuit (KikiLala) harga asal RM 25.00. Selepas diskaun 15%, harga jadi RM 21.25. Tak de dalam gambar pulak.

Item ni beli kat AEON Shah Alam.

Set baju melayu

Baju Melayu (Canggih Premier) harga asal RM 30.90 Selepas diskaun 15%, harga jadi RM 26.27.

Seluar baju melayu (Canggih Premier) harga asal RM 25.90. Selepas diskaun 15%, harga jadi RM 22.02

Sampin hijau sekolah agama (Outpost) harga asal RM 23.90. Selepas diskaun 20% harga jadi RM 19.12.

Kasut sekolah hitam (Pallas), harga RM 47.99. Selepas less 15% jadi RM 40.80.

Item dibeli di AEON One Utama. Sebab masa cari di AEON Shah Alam, tiada saiz yang sesuai untuk Afiq.

Harga barangan jenama Canggih adalah mengikut saiz, semakin naik saiz, semakin mahal harganya.

Sempat menyinggah ke AEON Bukit Tinggi, Klang pulak. ha ha ha!

Kat sini, beli jaket untuk Afiq. Wohaaa! Soooo in love with the colour! Merah pak long! ha ha ha! Afiq yang pilih, okaaayyy. Harga pada tag RM 49.00 tapi bila bayar ada diskaun apa entah jadi RM 28.50.

Jaket dibeli sebab Afiq akan naik motor dengan Papa di awal pagi ke sekolah. Cuma belum beli helmet je lagi.

Sapu tangan untuk kegunaan Afiq selepas cuci tangan atau lap apa yang patut, RM 6.90 untuk 3 helai. Beli 2 set untuk cover 5 hari. Extra tak apa, jangan kurang

Papa kata “songkok kena beli 2. Selang seli pakai ikut hari. Kena jemur..” Terus laju-laju serbu Pusat Pakaian Hari-Hari kat Pekan Meru tu. Kebetulan Mama pun memang nak beli T-Shirt putih sebagai pakaian sukan sementara sebelum dapat baju sukan sekolah.

Songkok hitam RM 9.90 manakala t-shirt (Jony & Jeny) putih lengan pendek RM 8.90. Memang murah dan pelbagai!

Destinasi ke-3 pilihan Mama adalah Pasaraya Mydin.

Kat Mydin, orang kata boleh dapat barang dengan harga yang murah. Betul untuk sesetengah barang tapi untuk baju sekolah, di AEON boleh dapat less 15%. Haaa.. Nasib baik Mama tergerak hati nak ajak Papa survey dan shopping di AEON.*happy

Kasut sekolah hitam (Asadi) RM 35.00. Yang peliknya, makin besar saiz, makin murah pulak harganya, terbalik dengan harga baju.

Stokin, 1 pek/3 pieces, RM 9.90

Singlet lelaki, tidak berlengan, 1 pek/3 helai, RM 21.60. Beli 2 pek untuk cover 5 hari. Ada extra 1 helai.

Selain mall, ada juga beli secara online. Lazada atau Shopee jadi pilihan.

Beg sekolah jenama Swan, harga RM 79.90 itu pun harga promosi rasanya. Beli kat Lazada.

Dah selesai bab pakaian seragam. Mama kongsikan perihal belanja alat tulis dan lain-lain

Ambiiikk! 1 katon Mama borong! Kat Shopee. Ha haha! Kawan kata dah boleh buka kedai. Bukan apa, budak-budak ni kadang-kadang selalu hilangkan alat tulis. Kalau tidak pun, orang lain TERambil hak anak punya. Tak kuasa nak ulang alik kedai nak beli 1-1.

Mama cepat-cepat beli sebelum tiba fenomena 12.12. Risau lambat dapat barangnya.

Boleh klik link pada setiap item untuk shopping barang yang sama. Nampak tak Mama rajin nak tolong kau orang berjimat ketika berbelanja. He he!

Pemadam Stabilo, 1 kotak/50 pcs pemadam warna warni = RM 7.20/kotak

Pensil Stabilo, 2B Exam grade, 1 kotak/12 batang = RM 4.50/kotak

Pensel warna pendek, Staedtler Luna, 1 kotak/12 batang = RM 2.60/kotak

Pengasah pensel bertutup, Stabilo = RM 1.60/biji

Fail clear (kategori buku ikut subjek), pelbagai warna = RM 0.67/keping

Gam batang, Artline 8g, 1 kotak/30 batang = RM 39.90/kotak

Pembaris fleksibel 15cm/6′, 1 kotak/36 batang = RM 7.00

Untuk senarai semak kelengkapan sekolah yang penuh, Mama ada kongsikan di link ini

Ada lagi satu penjimatan yang Mama nak share. Khas untuk mak ayah yang ada anak perempuan yang bersekolah iaitu TUDUNG SEKOLAH SI COMEL!

Nak mudah dan tahu lebih lanjut, boleh Whatsapp Mama : 0132604487

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

44 thoughts on “SENARAI PERBELANJAAN KELENGKAPAN SEKOLAH TAHUN 1/2020 UNTUK AFIQ

  1. Ehhh baju sekolah jenama canggih. Terkenang zaman kita sekolah dulu. Dapat baju sekolah jenama canggih memang dah happy sangat2 sebab material dia best.

  2. Wah. Lengkap dah persiapan anak nak ke sekolah ye. Harapnya adik-adik Rawlins pun dah siapkan kelengkapan anak-anak saudara Rawlins la. Takmo last minute.

  3. Alhandulillah dah siap awal2 barangan sekolah anak2 nanti takde laa terkejar2 nak membeli saat saat akhir..

  4. Baru lah sedar yang kos nya bukan murah kan. Better get ready siap sedia awal-awal supaya tak pening kepala bila dah nak masuk sekolah nanti.Kalau anak ramai, kena bergilir-gilir pula ya. Teringat susah payah mak bapak besarkan kita kan. Huhu.

    1. betul..org kata x kena, x tau.heheh

      alhamdulillah bonda pesan awal2 lagi masa baru kahwin dulu, kena plan untuk pendidikan anak (walaupun masa tu blm ada anak). sebab bonda bercakap dari pengalaman..

  5. Bagusnya siap awal-awal, tak lah kelam kabut bila last min. Macam sis memang x pernah serik membeli last min ni..hehehe. Tapi anak pun dah besar..so apa yg tak ada tu nanti2 dia pandai le mintak sendiri

  6. Tak adalah mahal sangat ya harga kelengkapan skolah dekat Aeon. Sy ingatkan selama nie harga situ mahal. Sekejap je dah nak sekolah semula ya. Rasa mcm baru semalam cuti

  7. Semalam baru je shopping kelengkapan anak sekolah..tinggal buku sekolah anak je tak beli lagi. Alhamdulillah Tahun nie smua anak dah bersekolah..

  8. aida sedang tunggu koperasi buka ni.
    yg lain, alhamdulillah, da settle jugak.
    skit skit lagi la utk yg kakak – asrama.
    yg utama – baju, kasut, tudung = settle dah last 2 weeks.
    mudah cari saiz bila beli awal2, kan.

  9. Bila anak dah start skolah je banyak benda kena berjimat and beli secara bijak sbb banyak duit nak pakai. Nebes pulak Iza walaupun anak xskolah lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.