PESTA BUKU BIG BAD WOLF DI MIECC, THE MINES, SERI KEMBANGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Auuuwwww! Pesta buku kegemaran Mama dan anak-anak kembali lagi! Kali ini, dapat bawa Afiq dan Arif untuk rasakan keseronokan dikelilingi buku yang pelbagai dan banyak. Banyak kali dah Afiq rayu suruh bawa pergi ke pesta buku. Mungkin Afiq bayangkan pesta tu seronok dan meriah macam partyyy! Ha ha ha! Tapi memang meriah puuunnn.

Kami bergerak berpecah pada 2 kumpulan. Mama dan Afiq, Papa dan Arif.

Afiq… kot iyer pun excited, janganlah poyo sangat pergi ‘sebat’ juga buku latihan Sejarah & Geografi TINGKATAN 1. Awak tu baru nak masuk TAHUN 1 tahun depan. He he.

Afiq punya excited nak shopping, sampaikan hampir semua buku latihan yang ada nombor 1, dia belek dan masukkan dalam troli. Nak beli , katanya. Eleh! Macamlah dia yang bayar. Ha ha ha!

Ni dia hasil shopping Mama setelah Afiq dan Arif dengan suka hatinya kaut buku, masukkan dalam troli, yang dorang rasa

“waahhh! bestnya buku ni”

“Ehhh! buku ni belum ada lagi..”

uiyyyooo! hebatnya buku aktiviti ni…”

Dan macam-macam reaksi sebagai alasan untuk pastikan buku di tangan berjaya dibeli. Haihhh… nasib baik duit Mama banyak lagi dalam akaun. Kalau tidak, Mama tinggalkan Afiq dan Arif jadi part time staff jadi cashier kat BBW. Ha ha ha!

Jumlah keseluruhan shopping kali ini

RM 263.80

Puas hati sebab dapat borong buku latihan (ada yang RM 1.00 sahaja), buku aktiviti, bahan bacaan dan puzzle pada harga lebih murah dari biasa / kedai buku.

Misi selepas ini adalah mencari rak buku yang cantik, kuat dan utuh untuk menampung koleksi buku yang sedia ada dan ditambah dengan yang baru shopping tu ha…

Oh ya! Pada yang nak pergi, BBW akan berlangsung pada 6-16 Disember 2019, dibuka 24 jam setiap hari bertempat di MIECC, The Mines, Seri Kembangan.

Untuk mak ayah yang nak siapkan stok buku latihan untuk anak yang bersekolah, memang elok sangat borong buku kat BBW.

Kalau nak shopping untuk kelengkapan sekolah anak, bolehlah terjah website Tudung Si Comel sebab ada promosi sempena “Back To School”. Klik je gambar kat bawah

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “PESTA BUKU BIG BAD WOLF DI MIECC, THE MINES, SERI KEMBANGAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.