Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah pada 21 Disember 2019, Sabtu, selesai sesi orientasi bagi Tahun 1/2020 untuk Afiq. Tapi Afiq pergi dalam keadaan yang kurang sihat.

Lepas sesi pendaftaran, Afiq tak dapat join berbaris dengan kawan-kawan lain. Afiq mengadu sakit kepala, kepala berat. Mama percaya sebab Afiq memang sakit jika dia kata dia sakit. Mama mohon izin cikgu untuk excuse kan Afiq dari sesi berbaris.
Mama teman Afiq baring dan berehat sekejap kat ruang pendaftaran.

Arif yang sakan berlari keriangan macam dia pulak yang masuk sekolah baru. Ha ha ha!
Meanwhile, Papa dengan baby Akif yang behave, masuk dan duduk dalam dewan untuk dengar taklimat tentang prosedur dan operasi sekolah.
Tak lama lepas tu, Afiq dah rasa segar sedikit sebab dah lelap sekejap. Alhamdulillah Afiq boleh berjalan dan masuk ke kelas dengan kawan-kawan lain. Nasib baik kelas Afiq di aras bawah. Afiq kelas 1 Amanah.

Nasib baik Afiq ada kawan dari Little Caliphs, yang sekelas di SRAITAF ni. Yang bestnya, kawan-kawan lain pun ada juga di SRAITAF cuma berbeza kelas. Allah.. Tahun 1/2020 pun ada 3 kelas je. Nanti-nanti jumpa juga dengan yang lain-lain.

Antara aksi-aksi Arif sepanjang sesi orientasi dari jam 8.00 pagi – 11.00 pagi di SRAITAF.



Sementara Mama tunggu Afiq habis orientasi dan Papa sehingga selesai dengar taklimat, Mama sempat pergi selesaikan urusan pembelian buku sekolah.
Kedai buku sekolah mula beroperasi jam 9.00 pagi. Nasib baik Mama, laju-laju beratur. Dapatlah turn nombor 6.



Bila dah selesai urusan beli buku, toleh ke belakang, sekejapan je dah ramai beratur!

Lepas itu naik ke tingkat atas untuk ambil buku teks. Alhamdulillah, semua murid Tahun 1/2020 di SRAITAF dapat bantuan buku teks.

Okay, kena seru semangat rajin nak membalut buku dan melabel nama. He he!
Alhamdulillah selesai urusan sedikit demi sedikit, Tunggu masa untuk bayar yuran sekolah pada Jumaat (27/12/2019) dan sesi sekolah tahun 2020, in sha Allah pada 02/01/2020.
Mama start risau hal pergi-balik dan rutin transit untuk Afiq pulak. Fuuhh! nasib baik malam tadi Afiq bagi jaminan
“Tak apa Mama… Mama cakap dan tunjuk je Afiq kena buat apa, pergi mana. Satu kali je. Lepas tu, Afiq boleh buat sendiri..”
Sobs! Mama terharu sebab Afiq dah mula tunjuk yang dia boleh berdikari. Anak Mama makin ‘besar’. Alhamdulillah…







Sekarang ni memang musim orang duk tak sihat. Kena extra hati2 sikit. Lagi pulak kalau budak, mudah sakit.
tu lah..musim hujan n panas bersilih ganti.
terima kasih atas ingatan=)
Semoga Afiq membesar senagai anak soleh dan pintar serta rajin belajar.
in sha Allah..aminn… terima kasih=)
Selamat memulakan darjah satu Afiq. Semoga mendapat Ilman dan banyan kawan baru. All the best.
thank you =)
Aww, my nephew also nak masuk darjah satu tahun depan! Hope Afiq has alot of fun!
wohaaa! let’s pray the best for them =)
Hai Afiq..1 kelas dengan anak saya Iman Irfhan..
Hai Iman irfhan=)
semoga afiq dan iman berjaya bersama =)
Seronoknya anak2 nak masuk sekolah da. Mesti tk sabar nak jumpa kwan2 kan
Afiq excited nak jmpa kawan.siap cakap lama lagi kena tunggu sbb lmbtnya nak pergi sekolah
Seronok tgk gelagat anak2 nak masuk darjah 1 . Semoga Afiq berjaya dunia akhirat ..
Seronok..dan harap2 dipermudahkan urusan anak menuntut ilmu..amiinnn
rindu zaman sekolah. kalu hujung tahun mesti pergi sekolah amik buku latihan, buku teks. ha jangan lupa wrap elok-elok nanti buku tak cepat rosak
Haaa.. wrap buku tu yg penting.. selesa.afiq nak bljr kalau buku elok.lagi pun dh diberi kemudahan,kena la jaga amanah ye x..
Alhamdulillah dah selesai orientasi ye. Nampak mudah urusan kat sekolah tu cuma kalau nak beratur kena cepat ye. Semoga dipermudahkan urusan masuk darjah 1 nanti.
Alhamdulillaahh..selesai urusan yg penting.kalau blh selesai cpt,lega hati ..
Amiinnn
selamat masuk darjah 1 afiq.. awal ya orientasi kat sekolah afiq ni
Alhamdulillaahh..elok juga awal.tapi masa pun skjp je nti tiba2 dh nk start sesi sekolah 2020 =)
Alahai kesiannya demam pula dia masa orientasi ya. Ok lah tu dah pandai dan boleh berdikari. Harap semuanya berjalan lancar semasa belajar dan proses membesar ni nanti. Rajin-rajin belajar ya Afiq.
Alhamdulillah…setakat ni berjalan lancar. In sha Allah semoga Afi
Moga Afiq cepat sembuh dari demam Aamiin, kurang seminggu persekolahan bermula jangan bagi main dekat luar cuaca tak menentu hujan dan panas all the best Afiq comel pakai baju sekolah
Aminnn..
Afiq pun x sbr nk ke sekolah tu=)
Akhir tahun ni ramai yg sakit. Cuaca tak berapa bagus. Kesian afiq..semangat nk ke sekolah terserlah walau sakit. Moga afiq cepat sembuh ya nak
itulah,. musim hujan, panas x menentu, mudah jatuh sakit. semoga kita semua sentiasa sihat2 belaka. tq=)
All the best with the new school year the orientation went well. I can’t wait for my kids to go bk to school too they are missing it already.
Wohaaa.. study smart kids=)
Tak lama lagi nak sekolah, anak2 paling excited, mak bapa pun ikut sama. Hi afiq.. Belajar sungguh sungguh tau… Jadi orang baik bijak pandai
Semoga rasa excited tu kekal..hihi
In Sha Allah afiq akan belajar sungguh2 ?
Alahai kesiannya dia. Hari orientasi boleh plak demam ye. Tapi semangat dia tetap kuat nak datangkan. Bagus dia. Boleh dia suaikenal dengan kawan kawna baru
Alhamdulillah, yg penting bersemangat.hehe
ya, bila ank dah masuk tahun 1, mouse mommy pun rasa MR tiba2 dah membesar. Boleh ikut arahan sekolah dan berdikari. Sekolah tu komuniti kecil untuk pelajar sekolah belajar cara untuk berinteraksi dengan semua orang.
Betul tu..semoga dengan perubahan baru ini menjadikan anak2 lebih berdikari.
Ala sian dia demam. Tpi cepat je dia besar kan bila dh start masuk sekolah. Anak kita belum setahun lagi, tpi tk nk dia cepat sngt besar boleh tk ?
hahaha..jangaaan gitu. syok tau nanti tgok anak, bila besar dengan macam2 kreativiti dan kepandaian yang bertambah seiring dengan umur anak..=)