Assalamualaikum dan selamat sejahtera
2/1/2020 , Khamis : hari pertama Afiq mula sekolah di Tahun 1. Mama dan Papa ambil cuti untuk pantau dan latih Afiq ikut rutin baru. Terutamanya dari segi masa dan rutin naik van dan tunggu di transit.
Awal pagi, seawal 7.10 pagi, Afiq dah sampai di sekolah. Papa yang hantar naik motor. Pening lalat kepala Afiq sebab Papa main cilok dek jalan sesak. Kesian Afiq. He he he.

Mama memang dah pesan awal lagi
“Afiq.. nanti dalam kelas, make sure duduk depan. Kalau dapat duduk di meja paling depan, lagi bagus!” *sambil tunjuk gambar ruang kelas dia.
Mama tambah lagi
“Jangan duduk tepi tingkap! Kotor! Ada habuk terbang dari cermin tingkap kena dekat Afiq nanti…”
Mama tahu Afiq memang akan patuh cakap Mama. Lebih-lebih lagi, Afiq memang teliti perihal kebersihan.
Papa dan Mama tak tunggu pun. Cuma masa rehat jam 9.40 pagi, kami datang semula untuk tengok situasi dan pembawaan diri Afiq ketika di kantin. Afiq bawa bekal, jadi Mama tak risau jika dia tiada makanan. Tapi Mama ada bagi duit RM 3.00 untuk Afiq. Kot-kot Afiq teringin nak beli apa-apa makanan/minuman.
Suprisingly, Afiq dah mesra dengan kawan baru. Alhamdulillah…

Lepas habis waktu rehat, Papa dan Mama keluar dari sekolah. Ada urusan lain. Haa.. nasib baik ada seorang kawan rapat Mama, anak dia pun 1 kelas dengan Afiq. Kawan Mama yang seorang tu yang bantu kongsikan moment Afiq kat sekolah tu. Terima kasih sangat *heart!
Lepas makan pagi, Afiq kena buat solat sunat Dhuha.
Selesai sesi solat sunat Dhuha, Afiq akan sambung semula sesi pembelajaran macam biasa.
Jam 12.00 tengah hari, waktu rehat dan telah disediakan makanan dan minuman oleh pihak sekolah. Yuran Makan dibayar RM 50/bulan. Alhamdulillah, lengkap menu nasi putih, lauk, sayur dan sepotong buah. Juga air minuman.

Lepas makan tengah hari, rutin solat Zohor. Kemudian sambung sesi pembelajaran sehingga jam 3.30 petang.
Sebelum Afiq keluar dari kawasan sekolah, Mama dah tunggu dan pacak siap-siap berdiri depan pintu sekolah. Dah janji dengan Afiq untuk tunjuk dan ajar dia naik van sekolah. Alhamdulillah, tak lama tunggu, Afiq muncul. Berlari katanya nak ke pintu sebab takut kena tinggal dengan van sekolah. Ha ha ha! Excited betul!
Benda pertama yang Mama check bila nampak Afiq, BAJU SEKOLAH! Okay, dapat ‘hadiah’ sambal dari lauk ayam masak merah. Ha ha ha!

Lantaklah Afiq, Mama okay je. Papa yang sental baju tu nanti. Ha ha ha!
***********************************************************************
3/1/2020, Jumaat : Macam biasa, seawal jam 6.45 pagi, Papa dan Afiq keluar ke sekolah.

Okay. Masih boleh diterima lagi sebab bukan duduk betul-betul tepi tingkap. Ha ha! Afiq memang suka duduk berkawan ramai. Kalau duduk barisan tengah, ada 2 meja je. So, kawan sikit. Baik duduk tepi, meja banyak, kawan lagi ramai (boleh sembang-sembang). Mungkin dia fikir begitu. Ha ha!
Jumaat, sesi sekolah sehingga jam 12.00 tengah hari sahaja. Papa dan Mama hanya tunggu Afiq pada waktu balik. Macam biasa, Mama terpacak tepi pintu sekolah. Dan tak lama lepas tu, Afiq muncul.
Mama check baju. Alhamdulillah, bersih!
“Haaa.. hari ni baju Afiq tak kotor la kena sambal.”
Mama senyum gembira. Tapi tak lama sebab lepas tu Afiq dengan gembiranya bagi tahu
“Tapi.. seluar Afiq kotor. Kena kuah laksa. Bukan Afiq buat tau! Ada orang lain yang tumpahkan kat seluar Afiq…”

Adohaaiii… Tak apalah Afiq. Mama okay je. Papa yang kena sental seluar tu nanti! Ha ha ha!
Kawan Mama kata, itu kesan kuah kari. Menu makan pagi hari itu, mee kari.
Nasib baik, sapu sabun cecair sedikit pada kotoran, then masuk cuci dalam mesin basuh. Bersih dah!
Sampai masa Afiq perlu belajar berdikari. Minggu ke-2 dan seterusnya, Papa dan Mama tak perlu menunggu untuk Afiq naik van sekolah dan turun di transit yang betul. Alhamdulillah, buat masa ini, Afiq LULUS rutin baru ini.
Semoga Afiq sentiasa dalam rahmat Allah dan terang hati untuk menerima ilmu. Study smart Afiq!
budak-budak bila masuk sekolah ada je yang melekat dekat baju. Tu belum lagi kalau main pen, kawan conteng sana sini. Kecik-kecik dulu suka duduk dekat tingkap sebab boleh tengok luar kalau bosan haha
fuh. nasib baik buat masa ni paling lekat pun milo je. degil betukl kesannya tak mau hilang.huhu
Seronok tgk ragam budak2 masuk darjah 1 kan.. Anak kita pun baru masuk darjah satu.. Anak sulung plak tu.. Mmg mula2 papa n mama dia yg cuak.. Tpi lama2 ok la kan
Samalah..anak sulung juga ni.ha ah.cuak,risau la semua ada. In Sha Allah nanti anak n mak pak okay la bila dh biasa ?
Biasalah anak-anak ni, Sis pun dah alaminya dah..nak bebel pun tak boleh sebab mereka baru nak belajar berdikari kan..cuma kalau Sis kotor gitu, rendam degan sabun mandi yang dah di parut semalam, kemudian cuci, bersih nanti…
Kaann.nak bebel pun x guna.cool je.hehe
Wah! Bagus kecik2 Dah diajar Solat Dhuha. Semoga dimurahkan rezeki. Lovely post. So heartwarming. Thank you for sharing this story.
Alhamdulillaahh..semoga sentiasa istiqamah hendaknya..amiinnn.
Rawlins pun hantar anak-anak saudara (girls) ke sekolah untuk first week tu. Hari pertama Rawlins teman masa rehat – depa tanya ‘kenapa datang? penjaga orang lain tak datang pun’.
Amboiiiii
hahaha
Amboooii.hhahaha.
Uncle dia semangat pergi intai niece.alih2 kena suh balik.haha
macam2 kerenah la kalau awal persekolahan..normal la tu baju dah macam kena celup mcm2..hehee. nanti nak membasuhnya la kena menyanyi sikit..hahaha
hahahah..Papa dia la yang selalu ‘menyanyi’ tu.hehe
Wah. Semangat afiq belajar n jumpa kawan2 ni. Rindu pulak zaman3 sekolah, mesti konfirm comot la
alhamdulillah semoga Afiq sentiasa bersemangat menuntut ilmu =)
Zaman kita sekolah dulu, tak comot, tak sah! haha
Kita semua mesti ada kenangan kan waktu mila2 sekolah.. sis pun ingat masa tu sekolah antarangsa kat India waktu arwah ayah kerja di New Delhi!
ha ah. seronok bila dikenang =)
Wah! jauh menuntut ilmu di negara orang
Eh memang kantin ada buat makanan untuk budak budak ye? Dulu dulu masa saya kecil tak de pulak macam ni. Bagus lah diaorang ada buat macam ni. And harga pun tak mahal sangat
lunch pack tu memang termasuk dlm yuran makan bulanan kat sekolah. lega sikit mama bila ada kemudahan gitu. tak risau pasal makan minum anak =) Rm 50/bulan
alhamdulillah settle kan week 1, ni masuk dah week2. insyaAllah stay strong semua kids!
in sha Allah..semoga mereka sentiasa sabar dan gigih menuntut ilmu=)
Anak masuk darjah 1 ni macam-macam ragam kan. Macam-macam nak pesan. Anak Yaya pun ada darjah 1 tahun ni..pergi dua hari sekejap-sekejap tengok dia terutama time nak rehat dengan masa naik van nak balik. Nampak dia dah boleh bawa diri.
alhamdulillah. anak dah boleh adapt dengan rutin baru yer..
Pengalaman kan.. macam2 hal biarpun baru hari pertama ke sekolah heheh
kaaannn…seronok bila kenang semula
Macam-macam ragam anak sekolah ni.. Memng risau kalau baju kotor.. Tapi nak buat macam mne.. Dicakap pun kadang jadi juga..
hehe.xper…lama-lama nanti, in sha Allah anak akan belajar untuk jaga kebersihan. sometimes, comot is awesome! haha
Seronok Afiq sekolah erk..mula- mula memang macam- macam ragam kot..nanti dah lama- lama sure ok..
ha ah. ragam rutin baru.hehe..in sha Allah semua akan okay=)
aduhai, comel kenangan ni.
terkenang aida layan kakak-kakak di minggu pertama dulu.
as for izzat, aida x teman. dilarang.
hanya guru dan murid je. but semua were ok for izzat.
in sha allah, semua akan okay.cuma kena beri keyakinan n peringatan pada anak=)
Minggu pertama memang mcm2 tu..nanti lama2 okay laa..tahniah buat aqif kerana berjaya mengharungi minggu pertama persekolahan dgn jayanya..takde drama2
alhamdulillah Afiq tak de drama2. dia sentiasa bersemangat nak ke sekolah. terima kasih =)
Bila kenangkan anak2 masuk darjah satu, memang seronok. Macam2 ragam dn kerenah diorg masa tu. Alhamdulillah ketiga tiga anak, sis berpeluang teman diorg waktu awal masuk persekolahan..now masing2 dh besar panjang dh..tp pengalaman tu yg brrharga
maaf lambat reply..
itulah.. kenangan juga tu. sebenarnya risau kan anak sebab rutin baru. nampak Afiq cepat sesuaikan diri. Alhamdulillah Afiq pun tak banyak kerenah…
teringat pulak zaman2 saya dan adik beradik bersekolah rendah dulu hehe. :)
hah! memang begitulah ragam budak sekolah kan..
Bila anak balik sekolah mmg jadi kebiasaan kita sebagai mak nampak jeee apa yang xkena dengan baju, seluar n kasut anak…bila kotor tu…alaahaaii…cabaran betul masa ank sekolah kan…
hahaha..mata mak memang mcm scanner.
Inilah detik2 kenangan yang wajib rekod kan, haha… seronok tengok anak2 dah semakin besar dan bersekolah. Rajin belajar ya adik!
Haha..iyerlah.kenangan bersekolah kan.
in sha allah…terima kasih!=)
Awesome post! Keep up the great work! :)