Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mama dan Papa dah mula shopping keperluan dan kelengkapan sekolah untuk Afiq. Ambil kira juga yuran sekolah yang perlu dibayar dan juga tarikh penting seperti tarikh pembayaran yuran, tarikh pembelian buku sekolah dan tarikh sesi orientasi (murid baru)
Ada 4 bahagian yuran yang perlu diselesaikan secara tahunan
- Bahagian A – YURAN SEKOLAH = RM 32.00
- Bahagian B – BAYARAN TAMBAHAN = RM 214.00
- Bahagian C – YURAN PIBG = RM 270.00
- Bahagian D – YURAN BUKU = RM 99.10
- Bahagian E – YURAN LAIN-LAIN = RM 38.00
Jumlah BESAR yuran tahunan secara asasnya adalah RM 653.10

Bahagian A – YURAN SEKOLAH
Untuk pengurusan & pentadbiran, peralatan sekolah & pejabat serta baikpulih kecil peralatan sekolah & pejabat
Bahagian B – BAYARAN TAMBAHAN
Untuk keperluan rekod murid kurikulum & ko-kurikulum, Insurans, kebajikan, kebersihan/keceriaan, makmal Sains dan Yuran Makan bulan Januari.
*kalau Papa nak bayar Yuran Makan (RM 50.00/bulan) secara one-off tahunan (untuk 10 bulan sahaja), jumlah keseluruhan yuran jadi RM 1,065.10

Bahagian C – YURAN PIBG
Ada 2 kategori : tahunan dan bulanan. Tahunan dibayar untuk seorang penjaga. Bulanan dibayar untuk setiap murid (anak 1 hingga 3 sahaja). WAJIB bayar kedua-dua kategori ini.

Bahagian D – YURAN BUKU
Termasuk buku kerja Agama (KPISRA), buku kerja tambahan (KSSR), Rekod (PAFA JAIS, NILAM) dan buku tulis.
Bahagian E – YURAN LAIN-LAIN
Tanda nama, tali leher, T-shirt sukan, lencana sekolah
Untuk tarikh penting lain seperti berikut:-
- Pembayaran yuran sekolah : 27/12/2019 (Jumaat), 8.00 pagi-12.00 tengah hari di Dewan As-Syafie.
- Hari suaikenal murid Tahun 1 : 21/12/2019 (Sabtu), 7.30 pagi, berpakaian sekolah lengkap
- Pembelian buku sekolah : 20/12/2019 – 27/12/2019 (koperasi sekolah), 9.00 pagi – 2.00 petang
Jumlah keseluruhan yuran tahunan untuk Afiq di SRAI TAF mencecah RM 1,100.00.

Nanti Mama share perbelanjaan kelengkapan sekolah untuk Afiq. Kot boleh jadi panduan readers untuk buat kira-kira nanti.
Apa-apa pun, Mama share juga antara salah 1 promosi kelengkapan keperluan sekolah. Boleh klik link -> PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH
memang boleh tahan juga belanja anak-anak nak sekolah ni.. saya ada 4 yang dah sekolah.. belanja memang kena ready awal..
kaannn…
Good information. Thank you for sharing and have a good day. Take care.
you are most welcome =)
Banyak juga perbelanjaan murid sekarang. Mak ayah kena sediakan duit awal-awal ya. Teringat pulak zaman sekolah dulu. Tapi bagus kalau dapat tahu awal jumlah kena bayar tu.
Awal pun sebulan sebelum masuk sekolah thn depan.huhu..mmg dh survey awal tahun lepas lagi sebelum Mohon sekolah..
So many fees now. Hope the government could reduce the fees so that more children could afford to go to school.
setuju!
part paling sedih, yuran dah murah, tapi masih ada yang tidak mahu bayar sedangkan berkemampuan. lebih teruk bila demand macam-macam kemudahan percuma.
Perghh yuran pun da macam masuk U, huhu boleh menabung dari dari
Itulah..penting tu wujudkan simpanan utk pendidikan
Terima kasih di atas perkongsian ini. Rawlins pun kena paksa adik Rawlins untuk buat perancangan sebegini – baru dia jelas camne nak susun/ atur kewangan dia untuk anak-anak dia kan.
InsyaAllah berguna info ini.
sama-sama rawlins=)
bab kewangan memang kena atur betul-betul. ikut pada kemampuan parents untuk tentukan nak hantar anak ke skolah mana..
Semoga bermanfaat =)
Anak anak start cuti sekolah.. Dan bermula lah sessi in ayah mencari pakaian dan keperluan sekolah anak2. Dan juga dapat info yuran awal mcm ni sgt membantu ibu bapa buat persediaan awal
betul tu. elok dapat makluman awal supaya dpt buat persediaan awal..
Hujung tahun ni pelbagai persiapan dari segi kewangan kena sediakan. Tq mama share info at least sebagai peringatan untuk diri Sal. Kadang kita terleka dan duit pun terpakai penangan end year sale ..hehehe
YES pun 1 hal gak tu.hahahah..baik shopping brg sekolah anak dulu.kalau ada baki,leh la enjoy.hehe
Tak sangka ye, mahal betul yuran sekolah. Tak pastilah samaada zaman dulu macam ni jugak atau dah jauh beza. Maklumlah tak de anak. Kalau ada patah riuk kot. Hehe. Perkongsian baik untuk panduan. Memang penting kena rekod segala untuk kewangan ni.
Hehehe..rekod tu dh tentu.simpanan pendidikan mmg digalakkan seawal mungkin..
Hujung tahun je macam-macam nak kena prepare. Dari awal tahun dah kena menyimpan
Ha ah..berkumpul semua benda nk beli hjg tahun..huhu
erm boleh tahan jugak yuran budak sekolah sekarang. no wonder la mak ayah pening bila sekolah nak buka. kena simpan duit khas untuk pendidikan anak-anak nie
Betul tu..apa2 pun amalkan tabiat menyimpan.in sha Allah membantu di masa depan
wah bagus info ni, pada yang nak bayar yuran nnt boleh rujuk dekat sini! bolehlah ketepikan duit siap-siap
Macam nad anak dah start sekolah tadika tahun depan..walaupun tadika sahaja, tapi yuran pun boleh tahan..huhu..dengan eklengkapan peralatan sekolah semua..esok dh kene byr yuran dia..
Itulah..yuran tadika pn blh tahan mahal..kena menabung lebih lagi la utk anak masuk sekolah nti kan..
Teringat dulu zaman sekolah, excited bila nak masuk tahun baru. Tapi yuran masa tu takdalah mahal macam sekarang ni.
itulah..zaman ke hadapan, kos hidup & anggaran kewangan pun makin meningkat..
Mmg tinggi perbelanjaan sekolah anak2 sekarang.. Kadang2 cuti sekolah pun hantar anak2 blk kampung, mak ayah pulun keje over time semata2 nak cari duit masa masuk sekolah nnti..
itulah.. sebab tu saya pilih untuk menyimpan seawal mungkin =)
ya Allah banyaknya nak makan belanja hantara anak ke sekolah ya. patutlah family skrg plan betul2 semuanya. yelah, lagi sebulan je lagi hari persekolahan nak mula. mesti banyak benda nak kena siapkan dan bayar.
betul tu zharif. kalau x plan kewangan betul2, boleh burst budget oi..
fuhhhh dah mahal ye yuran sekolah sekarang. Berpeluh jugak tengok ni sebab adik ada 2 orang lagi tengah sekolah. Tak sabar tunggu next entry, mana tahu ada ilmu boleh ambil
itulah. segala benda nak masuk list..
kenapa yuran PIBG tu banya bebenor???…ya allah…kesiannya kalo keluarga yang xberkemampuan….mcm mana nk sediakan semua ni??
huhu..rasanya sekolah ada kelonggaran untuk bayar ikut peringkat..
Errmmm.. sebab tu saya survey dulu yuran sekolah sebelum hntr anak ke sesebuah sekolah..=D
ada tak parent yang tak sempat ambik anak balik dari sekolah, menggunakan perkhidmatan transport dan transit? saya mencari perkhidmatan transport n transiit.
saya memang gunakan perkhidmatan transport dan transit sekitar rumah sahaja..