Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pertama sekali, mesti kena ada komputer atau smartphone dan juga sambungan Internet. He he.
Memandangkan Afiq & Arif pun ada akaun SSPN-i, dah ada cara mudah, so, daftarkan akaun untuk baby Akif.
Ini flow pendaftaran :


‘Nama’ : Isikan nama orang yang akan masukkan duit dalam akaun. Kalau buka akaun untuk anak, masukkan nama mak/ayah/penjaga.
‘Jenis Akaun’ : hold lama sikit untuk pilih jenis akaun.

Masukkan details anak. Kalau untuk diri sendiri, maka masukkan maklumat diri sendiri.
Dan masukkan maklumat lain yang diperlukan dalam ruangan yang wajib (*) diisikan.

Minimum deposit adalah RM 20.00
Tekan butang ‘Hantar’ dan akan keluar page berikutnya siap bagi nombor akaun.
Teruskan dengan pembayaran /deposit akaun melalui online banking.
Akhir sekali, akan keluar penyata maklumat berkenaan akaun. Boleh cetak untuk rujukan (jika perlu). Tamat!
Mudah, bukan?