PURRADISE CAT CAFE – KAFE KUCING KESUKAAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memandangkan Afiq & Arif suka sangat main kucing, tak cukup dengan hanya memberi makan pada kucing-kucing jalanan, Afiq dan Arif teringin sangat nak pegang kucing, sampai merayu kat Mama suruh belikan seekor kucing jadi ‘mainan’ baru bagi Afiq. Cukuplah lelah Mama menjaga dan mendidik 2 orang anak lelaki yang aktif, tak terdaya rasanya Mama nak tambah kerja bela binatang pulak.

So, Mama dan Papa pun ambil inisiatif untuk bawa Afiq & Arif ke kafe kucing di TTDI – Purradise Cat Cafe. Kat situ, suasana selesa, kucing-kucing yang ada insha Allah dijamin kebersihan, boleh disentuh dan dibelai oleh kanak-kanak. Cuma… agresif sikit lah. He he.

 

Ruang dalam kafe yang selesa, ada air-cond, dan luas untuk kucing dan kanak-kanak berlari. Ha ha!

Harga untuk masuk ke kafe kucing ini

Harga tu termasuk dengan 1 jenis minuman yang boleh dipilih.

Menurut kata staf di situ, kucing-kucing yang ada kebanyakannya adalah dari luar, yang dikutip untuk dipelihara sebaik-baiknya. Boleh juga dibawa balik (beli lah) dari situ.

Ada beberapa ekor kucing yang dikatakan trauma dengan manusia. So, elakkan dari mendekati kucing berkenaan. Nasihat dari staf kafe.

Dinasihatkan untuk membelai, menyentuh kucing di bahagian kepalanya dahulu bagi mengelakkan reaksi agresif kucing, yang mungkin boleh mencederakan kanak-kanak.

Jumlah kesemua kucing adalah 21 ekor. Jenuh jugak aku nak padankan gambar, nama dengan kucingnya. Samaaaa je aku tengok. Ha ha ha! Tapi aku BERJAYA teka 1 ekor kucing beserta nama dengan tepat. :-D

Masa kat pintu lagi, Afiq dah teruja nak masuk bila nampak banyak kucing berkeliaran dalam cafe. “Boleh pegang cat ke Mama?”. “Boleh sayang cat ke Mama?”.  Dan lain-lain soalan yang ikut suka mulut Afiq & Arif nak tanya.

Mama lepak minum, anak-anak bersuka ria berlari kejar kucing, dan dikejar oleh kucing. :-D

Maklumat lanjut boleh rujuk laman web Purradise Cat Cafe : https://purradise.my/

Puas hati Afiq & Arif dapat main dengan kucing dalam 1 jam. Lepas hajat anak-anak nak pegang kucing. :-D

Merata-rata ikut suka kau je kan nak tidur kat mana..

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.