PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM. RUANG MEMBACA & AKTIVITI SELESA UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kebiasaannya, Mama & Papa bawa Afiq & Arif ke bookstore dalam mana-mana shopping mall. Semalam, berkesempatan bawa Afiq & Arif ke perpustakaan awam, Perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam. Lebih selesa untuk anak-anak bersantai lebih lama sambil membaca dan mencuba pelbagai aktivit/ kemudahan yang disediakan di situ. Juga selesa untuk Mama & Papa bersantai sambil teman anak-anak.

Nampak kurang selesa kalau lepak kat kedai buku dalam shopping mall.

Kawasan parkir yang agak terhad sebab ada kawasan pembinaan sedang berjalan. Sampai ke hujung jalan ruang parkir disediakan. Tak perlu risau kena berjalan jauh sebab ada Buggy  @ shuttle ride disediakan.

Minit-minit awal tu, Afiq & Arif sakan main lari-lari. Kawasan luas, dan ada rupa macam playground jugak. Sebab ada pokok besar konon-konon ambil feel membaca bawah pokok.

Ruang bacaan untuk kanak-kanak bawah 10 tahun terletak di Ground Floor.  Luas, sejuk dan selesa. Tandas juga ada disediakan di dalam kawasan bacaan tanpa perlu keluar dari situ.

Inisiatif tak nak kasut bersepah depan pintu masuk

Ada banyak zon untuk kanak-kanak. Zon Bacaan & Zon Aktiviti. Ada tayangan 3D, dan kemudahan internet dengan bayaran mengikut kadar tertentu.

Lepas puas berlari, baru Afiq & Arif berehat, santai baca buku

Selain dari menanam minat membaca pada anak dan menambah ilmu pengetahuan, aktiviti santai macam ni juga boleh mengukuhkan ikatan antara ibu bapa dengan anak-anak melalui pembacaan bersama-sama.

Oh ya! Walaupun perpustakaan, tapi ruang untuk kanak-kanak ini agak riuh dengan suara riang kanak-kanak berlari dan juga melompat. Tapi kalau inginkan privacy, ada juga ruang bacaan kanak-kanak yang tertutup disediakan di kawasan yang sama. Zon Membaca kot namanya.

Jangan risau, masuk ke perpustakaan adalah PERCUMA.

Lepas ni, kalau dah tak ada idea sangat mana nak bawa anak-anak, haaa.. boleh lah bersantai kat sini. :-)

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM. RUANG MEMBACA & AKTIVITI SELESA UNTUK ANAK-ANAK

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.