ALHAMDULILLAH! BONDA MENJADI TETAMU ALLAH UNTUK MUSIM HAJI TAHUN 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah. Aku dan keluarga diberi kesempatan untuk menghantar Bonda ke Tabung Haji, Sepang bagi menunaikan haji pada musim ini.

Kebetulan giliran perlepasan untuk kumpulan haji Bonda adalah kumpulan terkahir yang akan berlepas pada malam tadi. Tapi seawal jam 4.00 petang Bonda perlu mendaftar masuk dan serahan bagasi untuk diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Sistem kali ini lebih teratur di mana, selesai mendaftar masuk, semua jemaah haji akan berehat di Hotel Movenpick, Sepang, sementara menunggu waktu perlepasan sebenar. Ahli keluarga yang mengiring juga tidak perlu menunggu terlalu lama dari awal mendaftar sehinggalah waktu berlepas.

Alkisahnya, Bonda dapat panggilan dari pihak Tabung Haji dalam masa lebih kurang 2 minggu dari tarikh berlepas. Alhamdulillah, urusan persediaan (urusan di Tabung haji, KL dan pemeriksaan kesihatan) berjalan lancar dengan bantuan Ayahanda. Kursus haji pun Bonda dah pergi awal lagi.

Mujur juga sebelum ini Bonda pernah menunaikan Umrah. Jadi tak rasa berdebar sangat lah kot. He he!

Tiba-tiba je terus menangis masa peluk Bonda T__T
Antara ahli keluarga yang hadir semalam. Terima kasih :-)
Arrggghhh! Salahkan baju sebab nampak saya tembam. ha ha
ya! saya mengaku saya tembam :-D

Flight Bonda berlepas malam tadi lebih kurang jam 11.25 malam. Daaaannnn….

Bonda dah dapat kawan sebilik  di Mekah nanti! Yeayyy! :-D

Alhamdulillah, Bonda dan rombongan haji lain juga selamat sampai destinasi. Dan dapat kejutan lagi…

Berjumpa pulak dengan biras Bonda, Mak Andak saya :-) sama hotel tetapi lain maktab. Alhamdulillah Bonda tak rasa terasing sebab ada ahli keluarga terdekat sama-sama menunaikan haji.

Semoga Bonda , Mak Andak & Ayah Andak serta semua jemaah haji selamat pergi dan kembali dengan haji yang mabrur. In sha Allah…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.