AMBIL PEDULI APA ANAK KECIL KATAKAN : CERITA AFIQ DI TASKA “TEACHER BUAT MACAM NI…”

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Afiq, seorang kanak-kanak yang ringan mulut bercerita hampir apa sahaja yang dia lihat atau alami. Pendengar setia beliau sudah tentulah Mama. Antara cerita yang selalu bermain di bibir adalah tentang keadaan di taska.

1- Hal cikgu

“Teacher cubit kat sini… (tunjuk peha)”

Haaaaa… bab cubit-cubit anak ni, aku tak adalah nak paranoid sangat. Aku pasti, mesti ada sebab kenapa teacher taska buat macam tu. Bila aku tanya kenapa, jawapan Afiq

“Afiq shi shi inside spender…”

Yang penting tak ada luka. Tak apa. Teacher cubit bagi rasa sakit sikit je. Peringatan untuk Afiq.

 

2- Hal kawan-kawan

“Mama.. teacher angry tadi. Abang berak inside seluar..”

“Tadi baby nangis kuat..”

“Tadi kakak jatuh…”

Dan macam-macam cerita tentang kawan-kawan di taska. Dan ada sekali tu, aku nampak garisan luka pada lutut Afiq. Macam biasa, inspektor Mama akan soal siasat

“What happened to your leg?”

Confirmlah jawapan Afiq “Afiq fall down…”

Arrgghhh! Mama tahu dah Afiq jatuh tapi sebenarnya nak dengar reason kenapa Afiq jatuh tu. Haihh.. Mama pun 1, budak-budak kan faham soalan secara direct. Ok inspektor Mama soal lagi

“Why you fall down? Did Abang push you..?”

Afiq geleng dan reply “Tak lah.. Afiq run pastu fall down…”

Padan muka! siapa suruh main lari-lari. Ha ha ha!

 

3- Cerita aktiviti harian

Asal aku jemput Afiq dari taska, dalam perjalanan menuju ke kereta, Afiq akan tunjuk dan cerita

“Mama.. tadi Afiq main kat situ. Afiq tiup..”

img-20161115-wa0000
Cari gula dalam tepung

“Mama.. tadi Afiq main sini (siap tarik tangan Mama, bawa ke tempat kejadian). Afiq jump jump jump like this.. (demo lompat)”

img-20161101-wa0000
Teng Teng

“Mama.. tadi Afiq jalan sini, jalan sini… (tunjuk jalan yang dilalui)”

img-20161005-wa0009
teacher bawa jalan-jalan

img-20161005-wa0010

 

Dan macam-macam lagi aktiviti harian yang dilalui ketika di taska, mesti akan ada cerita yang berbeza setiap hari. Oklah tu, masa dia dimanfaatkan dengan aktiviti yang sesuai untuk perkembangan kanak-kanak seusia dia.

 

img-20161011-wa0001
Aktiviti kitar semula
img-20161031-wa0002
Aktiviti seni : anyaman
img-20161110-wa0002
Terompah kelapa. Afiq si budak penggeli kaki. Ha ha ha!

*Sumber gambar dari Whatsapp teacher taska

 

4- Mengadu hal lain-lain

“Tadi ada orang minum air botol Afiq…”

Dan pelbagai aduan manja lain.

Budak kecil dikatakan tak pandai berbohong tapi hampir setiap aduan Afiq, aku akan tanya pada teacher taska. Untuk kesahihan. Dengar cerita kedua-dua belah pihak. Tapi, knowing my own son, of course aku akan cuba untuk sentiasa berfikiran positif pada anak.

Apa-apa pun, selagi Afiq masih mahu ke taska, itu sudah cukup buat hati Mama lega bila keluar bekerja…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “AMBIL PEDULI APA ANAK KECIL KATAKAN : CERITA AFIQ DI TASKA “TEACHER BUAT MACAM NI…”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.