ANAK MAIN BLOK, ANAK YANG BIJAK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Afiq dah 2 tahun 5 bulan. Bila meningkat umur, maka berubahlah minat dia. Dulu, suka belek dan baca buku sambil meniarap. Kadang-kadang buku terbalik pun tak sedar. Boleh pulak tu dia baca. Ha ha. Sekarang pun masih lagi macam tu.

Selain dari buku, Afiq suka main blok kayu. Buat macam-macam ciptaan. Ikutlah imaginasi dan kreativiti tangan dia nak bina / hasilkan bentuk apa dari blok-blok kayu tu.

Jpeg
Menara pertama yang dihasilkan oleh Afiq

First time Afiq berjaya bina tower, dengan excitednya dia jerit “Mama! Loookkk! Tower… tower… Haaaa…” Aku yang tengok lagilah excited! Sebelum ni, pernahlah saja-saja 1 2 kali aku stack blok-blok kayu tu depan Afiq. Tapi nampak dia macam tak minat jer. Rupa-rupanya, belajar dari pemerhatian si Afiq ni.

Aku yang dari khusyuk tengok TV, terus masuk dalam khemah, nak join sekali buat tower tu. Ha ha ha! Budak kecil ni, pencapaian / perkembangan dia, anytime! Unexpected!

Jpeg

Sejak pada tu, hampir setiap hari Afiq suka main blok ni, buat macam-macam bentuk binaan. Kalau malas sangat, maka, akan terciptalah kreativiti berikut…

Jpeg
choo choo train

“Mama… choo choo trainnnn…!” siap bengkang bengkok railway nya.

Lepastu, tiba-tiba gergasi kecik, Arif datang roboh kan segalanya. Ha ha ha!

Antara kelebihan bermain blok ni untuk kanak-kanak:

1- Melatih koordinasi tangan-mata

kanak-kanak lebih fokus untuk bina blok dengan hati-hati supaya tak jatuh. Ini memerlukan pergerakan mata yang selari dengan pergerakan tangan. Objek yang dilihat akan diproses oleh otak dan kemudian otak menghantar maklumat kepada tangan untuk melakukan pergerakan terhadap objek tersebut.

2- Membentuk spatial skills

Iaitu kemahiran berkaitan ruang dan bentuk. Biasanya permainan blok mempunyai bentuk asas seperti kiub empat segi, tiga segi, separa bulat, kon dan lain-lain. Macam dalam gambar kat atas, Afiq tahu, bentuk segitiga adalah untuk bumbung binaan.

3- Merangsang imaginasi dan kekreatifan untuk membuat binaan

Contoh seperti membina rumah, tembok dan tower. Mula-mula jadi Menara KL. Runtuhkan, Afiq bina KLCC pulak. Lastly, jadilah bangunan Rumahku Syurgaku. Ha ha ha! Itu contoh la.

4- Mengenal warna / objek

Permainan blok yang berwarna-warni boleh menjadi alat terbaik untuk mengajar warna kepada anak.

5- Kemahiran sosial dan berbahasa

Bermain blok akan menggalakkan anak bermain bersama rakan-rakan, bekerjasama membina sesuatu. Sudah semestinya akan berlaku proses komunikasi ketika ini. Dalam situasi aku dan Afiq, kadang-kadang aku yang ‘ringan mulut’ ni, sambil susun blok, sambil nyanyi “1 little 2 little 3 little small blocks…” (ubah lirik dari lagu kanak-kanak tajuk “Little Indian Boy” kalau tak silap). Sometimes, aku ajar apa objek pada blok tu.  Aku sebut, Afiq ikut. Automatically, Afiq belajar dan tahu apa yang terlukis pada blok kayu tu. See! mudah bukan nak ajar anak? Sambil main sambil belajar.

Ada lagi soft blocks yang aku sorokkan. Karang kalau keluarkan semua, habis bersepah rumah, hilang part itu part ini.

Sekarang ni, dalam usaha untuk ajar anak penggunaan dwibahasa (BM & BI) dalam pertuturan. Dan paling tak sabar untuk ‘hasil’kan Afiq supaya boleh membaca. Pheww!

*Remember, do not underestimate your children! He he.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply