IDEA DEKORASI ‘PLAYGROUND’ ANAK

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kebelakangan ini, perasaan nak mengubah susun atur perabot rumah makin menjadi-jadi. Ubah susun atur je, tak ubah perabot lama jadi baru pun. He he.

Motif asal nak cipta playground dalam rumah untuk Afiq & Arif. Sebelum ni…

Afiq Hazim new playground

Lepas tu, macam kesian pulak berpanas bawah tangga, gelap pulak tu. Maka, dengan gigihnya suami dengan bantuan kecil dari aku yang tak berdaya ni ubah segala perabot untuk sediakan ruang bermain yang lebih selesa untuk anak. Hasilnya…

ubahsuai ruang tamu

Taraaa!

Bila tengok, rasa macam baru pindah rumah baru pulak. Ha ha.

Serius, niat asal memang nak buat playground untuk anak-anak. Tapi entah kenapa suami tukar suasana main hall sekali. Siap pakej dengan D.I.Y wallpaper. Alah, beli kat Kaison, Setia City Mall. 2 rolls. Tak sampai RM 50.00 pun kosnya. Wallpaper tu memang dah siap ada pelekat double-sided tu. Senang nak tampal.

Lepas ni, kalau rasa macam nak rumah baru, mungkin kena beli perabot baru pulak ye suami. Eh? He he.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply