RABBIT PARK DI COLMAR TROPICALE, BUKIT TINGGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuti lama minggu lepas, mak bapak sibuk uruskan hal persekolahan anak-anak. Aku pulak sibuk nak bawak anak jenjalan. Maklumlah, anak belum masuk sekolah lagi.

Elok je lepas mandikan anak pagi-pagi, tiba-tiba suami teriak “Haa.. teruslah bersiap. Kita keluar..”! Dah nak keluar ke mana pulak? “Bukit Tinggi…Pahang tu..”

Aku ikutkan ajer…

Tujuan utama adalah ke Rabbit Park.

Jpeg
Harga tiket Rabbit Park & Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Harga tiket masuk dikenakan Rm 4.00 untuk Dewasa dan Kanak-Kanak (2 tahun ke atas).

Masuk je Rabbit Park tu, tak sangka pulak Afiq kemain excited! “Bunny! Bunny!” Ingatkan dia takut…

Mula-mula macam malu-malu je…

Afiq dan bunny 2
Hye bunny

Oh ya. Bukan hanya ada arnab je, ada rusa jugak.

deer2

Jpeg
Kemain berani dekat… Jenuh aku warning suh dok jauh. Takut kena kick dek rusa. he he

Habis dikejarnya semua arnab yang ada kat situ. Sampaikan arnab pun dah lari ketakutan bila nampak muka Afiq. Ha ha ha!

Habislah melekat-lekat bulu arnab kat baju dan seluar. Tengok jer la cara Afiq angkat arnab tu. Boleh botak bulu kena ragut! Ha ha ha!

Afiq angkat bunny
Tak menakut punya budak!

Hampir 1 jam jugak main-main kat situ, jenuh Afiq main kejar-tangkap segala arnab kat situ. Ada jugak aktiviti bagi arnab makan.

Next destination was… Colmar Tropicale. Kat situ, pemandangan je. Tak ada aktiviti khusus untuk Afiq.

Yang penting anak happy! Panas ke hujan ke, redah ajer.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.