RAWATAN BIBIR KERING : MENTHOLATUM TREATMENT LIPBALM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Payah nak senyum sebab bibir kering? Itu aku! Ha ha.

Kebelakangan ni makin menjadi-jadi pulak tahap kekeringan kulit bibir ni. Jangan kata senyum, nak bercakap, bukak mulut nak menganga makan pun sakit! Seksa oi!

Hilang nikmat nak membebel jugak. Ha ha.

Tahap kekeringan kulit bibir aku ni boleh kata dah sampai tahap ekstrem jugak sebab luka sampai tepi kedua-dua belah bibir. Ouch! Boleh pulak bos perempuan kata “agaknya kau selalu terdedah dengan angin masa naik motor, pergi balik kerja, sebab itu bibir kau kering sangat…” Boleh jadi sebab itu jugak ke?

Actually, sebelum bos tu kata gitu, dia dah bagi statement ‘otak kuning’. Kah kah kah.

Seboleh-bolehnya aku nak guna rawatan cara natural. Contohnya macam sapukan madu pada bibir. TAPI… karang asik terjilat-jilat bibir pulak. Haiihhh.. So, aku decide untuk guna lip balm ni…

Jpeg
Jpeg

Main reason kenapa aku pilih produk ni sebab nampak perkataan TREATMENT! Tips nak jual produk, keyword mestilah mampu mempengaruhi pembeli.:-D

Alhamdulillah setakat 2 3 hari penggunaan, kulit bibir yang kering ni dah jadi moist dan lembut. Tak seksa dah nak senyum.

Ok sekarang dah boleh senyum dengan lebarnya :-D

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.