TIPS : CARA MENGATASI STRETCH MARK KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Errr…yang sebenarnya strecth marks tu apa?

Stretch Marks tu bahasa melayunya bermaksud kesan regangan kulit. Biasanya benda ni selalu ibu mengandung yang ‘dapat’. Perut yang makin membesar, so kulit pun makin meregang. Dianalogikan seperti sebiji belon yang pada asalnya elok bergetah. Apabila ditiup sehingga besar, apabila dilepaskan anginnya, lalu berkedut-kedutlah kulitnya dek regangan tadi.

Ni dia rupanya…

Stretch-marks-during-pregnancy
parut di perut. Eh! tapi bukan perut aku tau!

Itu baru sikit. kena yang macam ini…

flower stretch mark
cantik bukan ‘stretch mark’ macam ini?

Haha.. Kalau aku pun nak jugak :-p

Kalau ikutkan boleh je nak dapatkan kulit yang bersih dan cantik tanpa kesan regangan ketika mengandung. Sama ada ikut keturunan ataupun nasib badan. Orang kata, dari keturunan tu, tengok lah perut ibunya. Kalau bersih tanpa kesan regangan akibat mengandung dulu, In Sha Allah anak perempuannya nanti mengandung pun kulit kat perut tu bersih dari kesan regangan.

Biasanya kesan regangan boleh diatasi dengan cara melembapkan kulit sekitar perut, termasuk peha, punggung dan sekawasan dengannya. Caranya? sapulah krim pelembap, losyen dan apa-apa je minyak yang boleh melembapkan kulit. Seelok-eloknya, start la seawal mungkin bila dah tahu awak tu mengandung. Macam aku, aku start guna losyen, minyak segala bila usia kandungan dah nak masuk 3 bulan =.=’ lambat dah. Masa tu pakai pun sebab dah nampak sikit stretch marks kat tepi perut dan pinggang.

Antara produk yang aku guna awal-awal dulu

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

1 – Cocoa Butter Formula (Palmer) – yang ini best sebab bau dia bau coklat. Bila pakai, rasa macam “aku adalah sepaket coklat yang kembung di tengah-tengahnya”. Haha.

2 – Extra Whitening Cell Repair & Protect (Nivea) – Sebenarnya ini adalah losyen harian, tapi kebetulan masa mengandung tu benda alah ni tak habis guna, aku guna jugak masa mengandung. Wangiii..

3 – Stretch Mark Lotion (Pureen) – 1st stretch mark lotion yang aku beli sebab pakai losyen Nivea (2) macam tak ada efek apa pun pada stretch mark kat perut T__T. Selesa jugak sapu losyen Pureen ni. Tak melekit. Bau pun wangi macam bau bayi :-)

4 – Antiseptic Powder (Agnesia) – Haaa.. yang ini bukan kegunaan untuk stretch marks tapi sebab aku selalu gatal-gatal kulit dan untuk mengelakkan dari menggaru lalu menambah parut yang sedia ada di perut, aku sapulah bedak ni 1 badan. “Dah macam bau kucing!” kata encik suami. * sampai hati dia T__T

5 – Minyak Bio Oil – Nasib baik masa beli tu ada promosi. Mahal jugak walaupun berapa ml je isipadunya. tapi still tak kurangkan kesan regangan kat perut ni. Mungkin membantu dalam melembapkan kulit supaya tak gatal.

Selain dari itu, memang dari dulu lagi aku amalkan rutin harian penjagaan kulit supaya sentiasa lembap dengan penggunan sabun mandian yang sesuai. Aku tak guna sebarang produk mandian tetapi guna mandian yang kaya dengan pelembap dan satu-satunya produk yang aku percayakan adalah dari Johnson & Johnson..

johnson baby milk bath

Tapi SERIUS! memang time mengandung, kulit meregang dan akan gatal sebab kering! OMG! memang sedaplah menggaru time tidur malam. Moment paling kelakar bila encik suami boleh tengooookkkk je bini dia ni bantai menggaru time tidur sambil berbisik “Yaanngg..jangan garu. nanti berparut…” Memang haram la aku nak dengar kan. Nikmatnya menggaru itu seolah-olah tengah ‘kesedapan’ sambil tutup mata dan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Kehkehkeh.

Makin lama, makin banyak parut. damn! habis idea dah ni nak sapu apa lagi…T___T

Tengah sibuk survey pasal persediaan bersalin, antaranya termasuk la set berpantang. Dan aku jatuh cinta dengan Tanamera Postnatal Care Set. It is because of ONE concrete reason that is JAMULESS! Nama je postnatal tapi ada jugak barang-barang yang boleh digunakan time mengandung ni (prenatal orang kata). Antara yang aku dah guna adalah

cold-pressed-virgin-coconut-oil
Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil (VCO)

Sumpah best! bau macam kuih kelapa. Hehe. Aku guna VCO ni sapu kat perut dan Alhamdulillah bila encik suami komen “Nampak macam dah kurang sikit stretch marks kat perut sayang ni…”. Memang berkesan! :-) Memandangkan VCO ini tidak berminyak sangat setelah disapu walaupun namanya minyak, makanya sehari mahu sampai 10x aku sapu. Padahal instruction suruh guna 2x sehari je. Hehe. ini SERIUS! Harap-harap bila guna berterusan, cantik baliklah kulit perut yang tengah tak cantik ni.

brown-formulation-soap
Brown Formulation Soap

Yang ini pun best jugak! Sabun scrub. Tak payah guna span bagai kalau nak gosok buang daki. gosok direct pada kulit masa mandi. Bau pun best. Bau herba. Aku guna sabun ni sebab nak atasi dan ‘kering’kan kesan kerengsaan / kulit gatal. Mengandung ni aku tak ada alahan muntah-muntah tapi dapat pulak alahan jenis kulit gatal dan naik bintik-bintik kecil yang berair di mana tahap gatalnya hanya aku dan Allah aje yang tahu T__T. SERIUS! memang berkesan bila mandi guna sabun ni sebab kesan bintik-bintik gatal jadi ‘kering’ . Selain tu, disarankan juga gosok sabun ni kat mana-mana celah yang  gelap (ketiak, celah kelangkang, leher dll) untuk mengurangkan kesan gelap tu.

And last one yang aku suka jugak guna adalah

lavendar-floral-water
Lavender Floral Water @ Spray

Spray ni aku selalu spray kat muka setiap kali lepas mandi. Lepas tu sedut dalam-dalam baunya. Perrgghh! layaaann. Heeee. Sebelum tidur, aku spray pada bantal kepala dan bantal peluk. Sensasi lavender tu buat aku rasa tenang walaupun tak mampu melenakan tidurku. Huhu. Bukan sebab tak berkesan tapi ada faktor-faktor lain yang mengganggu tidur :-)

Ekceli, banyak kelebihan dan kebaikan produk-produk dari set Tanamera ni. Nanti aku share :-)

Eeh.. dah menyimpang dah cerita ni. Padahal nak cerita pasal stretch marks je. Kuikuikui. OK bai!

P/S : mama kata “Xperla… lepas bersalin nanti, hilanglah stretch marks tu…” Ye. mama memang pandai berkata-kata nak sedapkan hati…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

9 thoughts on “TIPS : CARA MENGATASI STRETCH MARK KETIKA MENGANDUNG

  1. I pun ada pakai satu produk ni, Best sebab hanya perlu sapu sahaja di tempat yang berkenaan, I pakai pun sebab kawan yg rekemen..

    Alhamdulillah I baru lepas bersalin , berat badan pun dh turun 3 kilo walaupun x mengamalkan diet sangat.. ok la tu kan.. ada peningkatan.. , nnti nak berdiet dengan lebih tekun, mungkin boleh turun berkilo-kilo berat badanku. Stretch Mark lepas bersalin macam Kulit Tembikai pun makin hilang dalam masa kurang 1 bulan, kulit pun makin licin :) , Produk ni best sebab hanya Sapu sahaja di tempat yang diperlukan :)

    Boleh beli dekat FB ni (Klik je kat website ni)————> http://www.facebook.com/LaromeKulitCantikBadanKurus , boleh try , ready stok … masa I nak beli hritu punyalah susah nak cari stokis yg ada ready stock sbb stok berkurangan disebabkan ramai order…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.