KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). APA CELOP?!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Whoaahh! hari ini keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar lah!

SPM

OK aku teringat macam mana perasaannya 1 hari sebelum tibanya hari macam ini zaman aku amik SPM 2003 dulu.  Siang hari yang redup, aku rasa panas. Malam hari yang dingin pula tak mengantuk langsung! Malah terasa macam “ish..lamanya nak tunggu siang nanti..”. Memang berdebar sampai tahap tak tidur. GILA! padahal nak amik result exam je pun.

Haa.. eloklah… masa exam hari tu pun  study sampai tak cukup tidur. Bila nak amik result, langsung tak tidur!*sigh

Kalau result exam dapat gempak, berbaloi jugaklah tak tidur semalaman kan? kalau result stok kena ‘gempur senjata’ dek bebelan mak? Biasanya bapak kurang sikit bab membebel ni. paling cikai pun BANTAI dengan rotan buluh je. haha. Yelah, penat mak bapak kerja, kerah tulang empat kerat cari duit nak biaya keperluan belajar anak, sekali hasilnya? Macam haarrroommmmm! Kalau yang memang sejak azali jenis pandai tak seberapa, tapi dah berusaha untuk berjaya, tak adalah ralat sangat mak ayah tu dek result HANCUS sekali pun kan… Aaahhh! lain orang lain ragamnya :-)

Lagi seriau bila mak ayah jenis suka push anak suh dapat straight A’s. Nasib baik mak ayah aku jenis redhaaaa je orangnya. Kehkehkeh. Paling hebat pun, kena bebel dengan mama 1 hari suntuk. Ayah buat tak tahu je sebab mama dah tolong bebelkan. Hehe. Tapi mama tak hebat sebab anak dia lagi hebat sebab boleh senyapkan mulut mama dan digantikan dengan leretan senyuman sehingga ke cuping telinga selama lebih kurang seminggu! :-p

RESULT SPM
Kalaulah aku dapat result macam ini, tentu lebih famous dari si Amalina yang berpuluh-puluh A tu…

Tapi sadis jugak sebab dek kerana perasaan over confident dengan subjek Pendidikan Islam, result SPM ‘kalah’ dengan subjek Kimia yang memang aku tak target pun akan score. Dan sudah semestinya subjek Sejarah adalah subjek ‘study untuk lulus aje’ bagi aku. Haaa… yang ini, lagi aku tak sangka result ‘terbalik’ dari jangkaan. tapi nasib baik ‘seri’ dengan subjek Pendidikan Islam. Kalau tidaaakkk, lagi sadis rasanya! Haha.

Lagi macam harom bila result subjek Bahasa Inggeris lagi bagus dari Bahasa Melayu. Melayu apa namanya tuh? “Melayu Mudah Lupa..”  bak kata Dr. M. Haha. Tapi nasib baik result aku untuk kedua-dua subjek tu ‘seri’ jugak:-D

Tapi aku sikit pun tak heran bila aku sebagai budak Aliran Sains, tapi subjek Biologi aku ‘kalah’ dengan semua subjek-subjek lain walaupun masa study dulu aku belajar sampai menangis sebab susah nak faham subjek tu. Haha. *padahal menangis jugak sebab tak dapat teruskan cita-cita jadi doktor

Tapi aku cukup yakin dengan 1  sub topik dalam subjek Biologi, yang mana sub topik itu, aku pasti pelajar lelaki lebih expert dan lebih bersemangat untuk belajar berbanding pelajar perempuan. Sistem Pembiakan Manusia. tu diaaa.. Haha.

sistem pembiakan
Aku rasa gambarajah dalam buku teks Biologi lagi ‘mengancam’ dari yang ini. Hehe

Pagi tadi dengar radio ERA dalam segmen JOHARA Pagi ERA, tajuknya “Mana Lebih Penting? Kelayakan Akademik Atau Pengalaman Dalam Mencari Pekerjaan”.  syok jugak dengar pengalaman pendengar ERA yang call pagi tadi. Macam-macam kisahnya.

Tapi bagi aku lah kan, bergantung lah pada kemampuan dan keadaan. Maksudnya, kalau individu tu memang tak mampu nak SCORE dalam exam, pandai-pandailah cari kerja yang kena dengan kelayakan pelajaran ataupun lebih kepada kemahiran. Kalau dapat result gempak, itu advantage. Zaman sekarang, apa yang orang tengok adalah added value seseorang individu. Yelah, kalau dah semua result gempak, kenalah cari bezanya dan kelebihan dalam diri individu yang boleh bagi ‘untung’ pada organisasi.

Tak kurang jugak, ada pekerjaan yang tangga gajinya bergantung kepada kelayakan akademik. Eeh, apsal aku rasa macam dah bercakap pasal kerja kerajaan yang memang tengok kelayakan akademik tapi belum tentu budak tu boleh buat kerja berdasarkan kelayakan akademik dia pulak ni? Haha :-p

Apa-apa pun, TAHNIAH buat mereka yang dapat keputusan SPM yang bagus dan yang GAGAL sila jangan bersedih sampai tahap bunuh diri. No No No! Tak bagus macam itu. Gagal SPM tak bermakna kena bunuh diri. Tapi kalau nak buat jugak, silakan…

p/s : Terasa macam bersemangat nak sambung belajar dalam bidang perakaunan bila big boss explain pasal akaun…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). APA CELOP?!

  1. Saya student SPM 2015 memohon jasa baik utk mendoakan saya untuk mendapat keputusan yg baik pada bulan mac nanti,,seriyau gila nie walaupun ade seminggu lebih utk keputusan
    Walau apapun,,article yg menarik anda kongsikan membuatkan saya tak sabar untuk mengalaminya.haha

    1. in sya Allah…semoga semuanya berjalan lancar utk kamu..apa2 pun, sentiasa berusaha buat sehabis baik dalam apa2 pun.

Leave a Reply