Karnival ICT Perak bersama Upin & Ipin

Karnival ICT Perak bersama Upin & Ipin ini merupakan kerjasama di antara KPerak dan Les’ Copaque Production. Ianya akan diadakan di Stadium Indera Mulia dan dijangkakan bakal menarik perhatian pengunjung sehingga 200,000 orang.

Antara tarikan menarik adalah Perarakan Animasi yang bakal menyaksikan lebih 200 penyertaan dari warga Perak sendiri. Selain itu, tarikan utama ialah pengunaan Inflatable Dome yang terbesar di dunia yang dijadikan sebagai lokasi persembahan multimedia dunia Upin & Ipin.

Banyak aktiviti serta persembahan menarik bakal diatur sempena 3 hari karnival ini. Jadi semua peminat yang tinggal berhampiran dengan negeri Perak jangan lupa datang memeriahkan karnival ini nanti.

Tarikh : 3 Jun 2011 Hingga 5 Jun 2011
Masa : 10.00 pagi Hingga 6.00 petang
Lokasi : Stadium Indera Mulia, Ipoh

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.