PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1/2021 KE SRA INTEGRASI (SRAI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ya Allah… baruuuu je 1 tahun yang lepas, Mama sibuk daftar dan persiapkan Afiq untuk ‘masuk’ ke SRAI bagi Tahun 1/2020. Kali ini, Mama kena persiapkan untuk Arif pula.

Mama & Arif

Mama harap sangat Arif juga berjaya ‘masuk’ ke SRAI sama macam Afiq. Sebab?

  1. SATU sesi persekolahan, SATU uniform sehari, SATU ‘jalan’ belajar subjek KSSR & KAFA di dalam SATU sekolah.
  2. Transit sekolah agama-sekolah kebangsaan. Bila tengok rutin transit, renyah pula rasanya. Jadi Mama usaha untuk sediakan Arif untuk kemasukan sekolah 1 sesi, pagi-petang di sekolah yang sama.
  3. Gabungan kurikulum KSSR dan KAFA.
  4. Guna pakai silibus dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, lepasan UPSR dari SRAI, boleh memohon untuk ‘masuk’ ke MRSM/SBP.

Mama kena lebih gigih persiapkan Arif untuk perjuangan Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) SRAI nanti. In sha Allah Mama akan track dan follow semula usaha yang pernah Mama buat untuk Afiq sebelum ini. Cuma mungkin kena buat beberapa perubahan sebab Arif ni jenis suka belajar main-main.

Mama kongsikan antara sedikit usaha Mama dalam persiapkan Afiq untuk UKS SRAI sebelum ini

UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH (UKS) TAHUN 1 DI SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) : BUKU DAN SOALAN LAZIM

KOLEKSI SOALAN UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH (UKS) SRAI

PENGALAMAN PERTAMA KALI ANAK MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SRAI 2019

Semoga ada rezeki untuk anak Mama, Arif. Amiiinnn…

*UPDATE Pendaftaran Kemasukan ke SRAI

Pemohon perlu mengisi borang secara online. Bermula 16 April–15 Mei 2020 – Permohonan Menduduki Ujian Kelayakan Sekolah SRAI (UKS)

Borang Permohonan Kemasukan Ke SRAI & Borang Pengesahan Mastautin Negeri Selangor, sila klik SINI

Mengikut surat makluman dari JAIS, ibu bapa/ penjaga perlu menghantar borang manual di SRAI yang ingin didaftarkan. Bermula 10-30 Jun 2020. Peringatan, hanya 1 permohonan untuk 1 SRAI sahaja yang akan dipertimbangkan.

Sekian, untuk makluman semua.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

28 thoughts on “PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1/2021 KE SRA INTEGRASI (SRAI)

  1. wahh banyak juga kelebihan dengan sekolah SRAI ni ya. tak apa… insyaAllah nanti bila Afiq dah sekolah mesti dia akan rajin belajar bila dapat suasana kawan-kawan yang suka belajar. all the best untuk Afiq!

  2. Senang kan kalau ada satu sesi je persekolahan. Anak-anak pun tak penat dan terkejar-kejar untuk tukar baju dan bersedia untuk sekolah sesi seterusnya di sekolah yang berlainan

  3. Pendaftaran dah mula buka untuk tahun depan ya. Mudah kan ibu bapa sebab sesi persekolahan dalam sekolah yang sama. Anak saya tahun depan baru daftarkan dia sekolah

  4. Alhamdulillah sekarang makin mudah dan harap semua akan kembali normal dan juga sekolah akan dapat bermula lepas sahaja pendamik ini berakhir lama sangat budak-budak cuti ni hehehehe…

  5. Alhamdulillah… tahniah, dah nak masuk tahun satu dah ya… mudah juga kan apabila sekolah satu sessi… nak uruskan hal anak sekolah ni macam-macam nak kena difikirkan… semoga anak-anak dapat menjalani sessi persekolahan seperti sedia-kala selepas kita berjaya mengawal penularan pandemik ini ya..

Leave a Reply