Harga RM5.99 Bayar RM8.28

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Sabtu lalu macam biasa bila gaji masuk, shopping time! Shopping apa? Shopping barang-barang keperluan seperti gula, kopi, sabun dan lain-lain barang dapur. Pergi beria buat senarai. Dalam list ada 10 barang tapi bila hendak bayar jadi 15 barang. Aku pon x tahu macam mana boleh jadi banyak macam tu, mungkin ade orang lain campak barang dalam troli aku kot.hihi..

Ini shopping kali ke 2 dalam bulan ini sebab ade barang tercicir dari list sebab kehabisan stok. Nampak, ada yang tercicir dari list still belambak lagi barang :P Aku selalu beli air minuman Tesco. Bukan malas masak air cuma bila aku hendak sejukkan air aku masak tu, tiba-tiba kering kontang sebab orang minum. Tak pun bila aku tengok tak sejuk-sejuk walaupon dah 3 jam biar. Siap mendidih ada la sebab ade orang panaskan lik. Jadi malas sakit hati or mati tercekik, baik aku beli air minuman tu.

Aku tolak troli ambil 2 kotak sebab lepas ni malas keluar lagi. Masa hendak bayar, aku dah angkat sikit kotok tu bagi nampak bar code. Sekali minah cashier tu cakap kena bukak kotak tu dan bawak keluar satu botol. Aku tengok dia pakai t-shirt putih, mungkin pekerja baru. Jadi aku cakap la, selalu aku beli diorang amik bar code dekat kotak ni. Lepas itu dia balas, “Tak boleh bang, kena bawak keluar gak botol tu”. Aku malas cite panjang dengan ganaznya mengonyak kotak tu.

Lepas scan bar code kat botol dan kali dengan jumlah bodol dalam kotok itu, total RM8.28. Lepas bayar aku rasa macam mahal pulak. Rasa tidak puas hati masih ada, jadi aku suruh pengawal tu jaga troli aku jap then aku masuk pergi rak air tu. Sah, memang harga dia dia lain. Dekat rak tulis RM5.99, aku siap ambik gambar buat bukti.

Lepas itu aku pegi kuanter khidmat pelanggan. Aku tanya, air ni kira sekotak or kira botol. Dia balas kira sekotak. Lepas itu aku cerita la then bagi resit aku. Then dia kira-kira dan pulangkan duit aku. Itu nasib baik aku beli 2 kotak. Kalau orang lain yang beli berkotak-kotak dan tanpa check? hoho..lu pikir la sendiri.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

14 thoughts on “Harga RM5.99 Bayar RM8.28

  1. aku dah kena dah hr tu beli susu anak. dah laa beli 2 kg. satu kg dia up 4 hengget lebih, dah untung 8 hengget.seb baik aku gi cs utk refund.

  2. dulu kat maidyn pun pernah macam ni,beli puree baby,tulis rm2++,tapi bayar rm5++,boleh beli 2 tu kalau rm5++,pergi cs diorang pulangkan duit,kalau tak check terus balik rugi sendiri la!

  3. baru jadi cashier agaknya.

    abis kalau orang beli sepuluh kotak..takkan nak kuarkan botol air dari 10 kotak tu. giler aper dia…sebab tu la kalau beli ikut kotak lagi murah dr beli satu2. tak cerdik betul cshier tu.

  4. same je mane2 Tesco pon,,, macm tu lah,,, nk wak kawalan harga perbndingn tp xsedar display harga rendh walhal harga sebnr msih stay harga asal,,,mcm kt Tesco KB

Leave a Reply