Assalamualaikum dan selamat petang. Sunyi gila office ini belah petang sebab sudah ramai pulang ke kampung halaman. Aku ni bila nak balik kampung? Erm,awal lagi der. Malam raya balik kampung baru ada feel raya tu sambil dengar tadbir raya di radio. Isnin lalu, aku telah hadiri majlis berbuka puasa anjurang Digi dan Nuffnang. Terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang sebab sudi menjemput aku lagi untuk berbuka puasa di tempat yang sama dengan Berbuka Puasa Bersama Nuffnang iaitu The Apartment, KLCC.
Event kali ini aku lambat datang sebab kesesakan jalan raya tahap melampau. Aku sampai disana dalam pukul 7.00 petang. Diorang ada buat game, tapi aku tidak sempat join. Melepas aku started pack Digi bernilai RM100. Berbeza dengan berbuka puasa anjuran Nuffnang. Kali ini ramai blogger dijemput iaitu seramai 50 orang. Selain majlis makan-makan, Digi juga memperkenalkan beberapa product dan program terbaru.

Makanan untuk round 1

Antara Digi Mifi iaitu Mobile Wifi. Konsep dia lebih kurang Router cuma yang berbeza access point menggunakan kabel untuk membuat sambungan tetapi ini tanpa menggunakan kabel tetapi menggunakan line Digi. Benda ini pon kecil, sebesar telefon bimbit dan mudah dibawa ke mana-mana.

Selain itu Digi juga memperkenalkan HTC Aria Handphone. Dua orang blogger di pilih untuk review handphone terbaru yang belum menembusi pasaran Malaysia.

Digi juga memperkenalkan program terbaru iaitu Digi -minus Deep Green. Program ini untuk mengetahui sejauh mana rakyat Malaysia ini mempunyai kesedaran tentang pentingnya cintakan alam sekitar.
Bila sudah habis program macam biasa sesi bergambar. Inilah antara blogger yang hadir

Tidak lupa juga sesi tapaw makanan
Credit to Eriqazz for pictures





wah kali ni de sesi tapau lak..nape ritu xde ek..
Tradisi Balik Kampung Berterusan
selamat hari raya! =)
@velasrizal: Kali ni makanan x kongsi dengan tetamu lain :)
@ken: Tq ken.. :)