Berbuka Puasa Bersama Nuffnang

Assalamualaikum. Maaf sebab lambat update event ini sebab sibuk di pejabat.Biasalah bila datang time sibuknya, memang sibuk tahap dewa sampai lunch pon tak sempat kalau time releks pulak, sampai tidak larat mengadap movie.hehe.. Majlis berbuka puasa ini anjuran Nuffnang ia berlangsung kelmarin di The Apartment KLCC, patut malam tadi aku nak post entri ni, tapi apakan daya internet bengong coz lama tak ujan.Dia terkejut jap. Hanya 15 orang blogger sahaja dijemput untuk berbuka puasa kali ini, jadi sudah tentulah aku berasa cukup bertuah dijemput.Sanggup ni turun dari Shah Alam semata-mata nak jumpa semua orang (padahal nak makan jer :p ).Sebelum terlupa aku hendak ucapkan terima kasih kepada kak Sumijelly atas semua gambar² ini.


Sesi tayang anak. Robb macam biasa dengan posing cover macho dia.haha..

Aku keluar dari office pukul 3 sebab hendak elakkan jem. Tapi aku tidak gerak terus ke sana, aku singgah office Packet Hub sebab hendak ambil barang. Barang ape aku ambil? Tunggu entri akan datang. Sampai KLCC dalam kul 6 lebih then cari surau pastu baru cari tempatnya. Jalan² dalam Suria KLCC then dalam kul 6.30 gerak ke The Apartment , jumpa la si Jai tengah lepak² sembang datang lak si Norfa.


Apa macam, ada gaya seorang ayah? Inilah gaya seorang anak yang kehilangan ibunya yang sibuk menjadi diva.haha..jangan marah kak sumi :p

Makanan memang banyak, sampai tidak tahu hendak makan mana satu. Tiba-tiba nampak spegetti, jadi nasi putih depan mata buat² tidak nampak. Tiba² nampak pelayan tengah mengasah pisau dan depannya tergolek peha kambing panggang.Nyum2..amik terus. Nampak lak itik panggang, sambar gak. Udang panggang letak gak dalam pinggang, hendak nampak melayu sikit amik la ikan bawal masak sambal. Pinggan sudah penuh, jadi amik pinggan lagi satu untuk letak pencuci mulut.Lepas makan pegi solat then sambung round 2, makan pengat nangka dan buah-buahan sambil sembang² dengan Robb dan Kak Red amik tips ckt


Bergambar dengan kak RedMummy. Moga, aura duit dia masuk dalam blog aku.haha..


Antara Tetamu yang turu hadir. Tapi yang aku heran, macam mana aku duduk tengah dan diapit oleh staff Nuffnang? Dah macam bos lak.haha..

Apapon memang bestla dapat jumpa otai² blog berkongsi tips sambil makan. Terima kasih tidak terhingga kepada Nuffnang sebab buat aktiviti macam ini. Harap tahun depan dapat buat lagi dan lebih ramai dijemput.

Senarai Blogger Yang Hadir Berserta Link Tentang Majlis Berbuka Puasa Ini

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Berbuka Puasa Bersama Nuffnang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.