Aku Berinduksi Selama 3 Minggu

Assalamalaikum, hujan turun di Kampung Gajah ini. Alhamdulillah aku baru sahaja habis menjawab soalan untuk Induksi Khusus. Ape aku kencing kat kertas jawapan aku pon tak tau. Otak ni bila sudah lama tak menghafal, mula la dia berkarat. Jenuh aku study malam tadi (study ker?hehe..) tapi tak jugak masuk-masuk dalam memory ni. Redha jer la,sekarang tumpu untuk induksi umum pula. Itu lagi percah kepala. Jadual pack gila, ade yang sampai malam. Kelas tiap-tiap hari tak kira sabtu ahad.

Ok la seperti aku janjikan aku akan ceritakan perjalanan aku ke Pusat Latihan, Kampung Gajah ini. Ini adalah kali ke dua aku sampai ke sini. Kali pertama kalau tidak silap aku pada tahun 2003 untuk Kursus Kepimpinan Pelajar Islam.hoh! Korang jangan tanya aku macam mana aku terpilih.Aku sendiri tidak tahu macam mana uztazah boleh memilih aku yang separuh setan ni.haha.. 1st time aku datang sini memang menggerunkan tempat ni. Dengan banglo besar yang usang, sebijik macam cerita hantu. Tapi nasib baik aku datang time tu dengan ticket aktiviti keislaman, jadi tidak takut sangat.

Perjalanan ke sini mengambil masa sejam dari kampung aku. Masuk sahaja simpang Seberang Perak korang akan melihat pemandangan sawah. Sampai ke sini, aku merupakan lelaki ke dua yang sampai dulu. Aku tidak follow bas UiTM sebab aku gerak dari kampung. Sampai disini agak terkejut jugak sebab banyak perubahan. Dah ade gym,gelanggang tenis, bangunan penginapan 3 tingkat untuk peserta perempuan dan makin banyak villa dibina. Banglo ngeri pon sudah tidak menggerunkan sebab dicat dan di baikpulih.

Aku dapat villa yang diberi nama lampam. Semua villa kat sini diberi nama ikan. Dalam villa ini ada 5 bilik dan 2 bilik mandi. Terdapat ruang tamu yang ada sofa dan tv. Dapur lengkap dengan tempat memasak dan peti sejuk. Aku datang awal dan dapat master badroom yang lengkap bilik mandi di dalamnya. Terdapat villa lain yang master badroom lengkap dengan aircon. Best giler.. Makan sini 6 kali sehari, sedap2 lak tu. Tapi aku x makan semua skali. Jauh gila bilik aku ke dewan makan dan kelas. Nasib baik aku bawak kereta, kalau tak jenuh menapak. Ok la setakat ini, kalau ade cerita best aku akan kongsi dengan korang. Tapi ade ker cerita best? erm…x der kot. Nak cari awek, takder dah coz aku sayangkan dia. Sape dia? lu pikir la sendiri. Cuma aku nak bagi tau kat sini, aku rindukan dia. :)

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Aku Berinduksi Selama 3 Minggu

  1. psttt..wei, ada salah satu villa tu ms aku induksi, kwn aku yang duduk villa tu cerita, pagi2 dia terjaga dia tertidur kat luar pintu.huhuhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.