Minggu 1 : Cork, Ireland

Assalamualaikum. Ini cerita dari entri sebelum ini Minggu 1 : Cork, Ireland [Gambar]. Maaf jika entri kali ini ada banyak typo sebab aku menggunakan handphone untuk menaipnya. Baiklah aku mulakan by day yer.

Ahad (10 Ogos 2014)

Kami di bawak oleh CEO ke kedai dan shopping complex untuk mencari beberapa barang dapar untuk seminggu dua. Kami pergi menaiki kereta dia. Apa yang bestnya disini, barang-barang dapurnya murah kalau tidak di kali 4. Penuh troli tidak sampai 50 euro, kalau dekat Tesco Malaysia mau dah cecah 100 ringgit malaysia atau lebih. Macam kami main ambil barang contohnya roti sebab, roti buat pada gandum jadi tiada bahan di ragui tapi kami ditegur sebab ada kemungkinan roti ada bahan gelitin binatang. Jadi setiap kali beli akan tengoklah ingredients dia yang selama ini jarang di tengok ketika di Malaysia.

Beli barang dapar
Beli barang dapar

Aku tidur awal malam tu sebab mengantuk sangat. Tetapi dalam pukul 1 pagi aku terbangun. Mata terus segar bugar. Mana taknya waktu malaysia time tu adalah 8 pagi. Memang susah hendak tidur balik. Apa aku buat, layan movie, makan, masak. dan segalanya hendak menghabiskan masa.

Isnin (11 Ogos 2014)

Kami telah di berikan cuti oleh bos company disini bagi menghilangkan jetlag dan penat. Memang patut pon bagi cuti sebab malam tadi berapa lama jer tidur. Pening pon tidak hilang lagi. Dalam tengah hari, CEO company tersebut jemput kami untuk menunjukkan jalan dan tempat. Orang kata, tak kenal maka tidak cinta. Jadi mulalah penjelahan kami dengan berjalan kaki. Pukul 2 petang, kalau kat Malaysia jalan kaki mau basah lenjun baju dengan peluh tapi alhamdulillah cahaya matahari panas tapi suhu sejuk. Maka menapaklah kami beramai-ramai ke City Centre sambil tu di tunjukkan kedai makanan-makanan halal. Apa yang aku respek dengan CEO ni adalah dia study dulu pasal orang islam. Dia la yang carikan kedai-kedai halal, masjid dan sebagainya.

Beli ikan tidak mampu
Beli ikan tidak mampu

Kami dibawa ke English Market. Market dia besar dan macam-macam jual. Tidak sama dengan market Malaysia, keadaan dia teratur kemas dan yang paling penting tiada bau, Walaupun Ireland ini dikelilingi oleh laut tetapi tidak banyak makanan laut. Hanya dua tiga kedai sahaja yang jual. Yang banyaknya kedai jual daging. Daging apa? Daging babi. Siap ada jual kepala babi tu.

Kami dibawa lepak di coffee house. Lepak sembang-sembang. Ops lupa lak hendak bagi tau, tujuan kami lepas di situ sebab masa kami jalan-jalan tadi tiba-tiba hujan itu yang dia ajak lepak situ. Selepas itu kami dibawa naik Cork Tour Bus, ala macam dekat Malaysia, KL Hop-On Hop-Off. Kami dibawa kesemua tempat-tempat menarik di Cork. Tapi hanya lalu sahaja tidak sempat turun melawat kerana hari sudah lewat.

Cork Tour Bus
Cork Tour Bus

Majoriti kedai di sini buka pukul 9 dan tutup pada pukul 6 petang walaupon walaupon waktu malam dia pukul 9 malam. Pukul 6 tu macam pukul 3 di Malaysia, masih cerah lagi. Masa hendak balik ke hotel, kami di bawa menaiki bas. Bagus juga dia ajar naik bas. Agak malas hendak jalan kaki, boleh la naik bas. Kenapa aku cakap macam tu, dari hotel ke city menuruni bukit. Jadi korang bayangkan hendak menaiki bukit lebih 1 km. Kalau tangan kosong boleh tahan lagi, ini angkut beras, daging, ayam dan sebagainya boleh pancit jugak.

Selasa (12 Ogos 2014)

Kami memulakan kursus di dewan hotel tempat kami tinggal. Ada beberapa staf dari company tersebut join sekali berkursus dengan kami. Kursus ini adalah memahami methodology yang digunakan oleh company tersebut dan kami perlu paham sebab kami akan masuk dalam team diorang. Dalam kursus tu ada aktiviti berkumpulan. Dush.. satu seksaan pada yang terlampau ‘fasih’ berbahasa english sampai diorang pon tidak paham. wahaha.. Pada waktu lunch disediakan makan, tapi vegetarian. Kari vegetarian, apa rasa. Sayur jer penuh dalamnya. Jadi kami ambil keputusan, esoknya kami akan makan di apartment.

Bergambar sebelum makan
Bergambar sebelum makan

Rabu (13 Ogos 2014)

Kursus bersambung untuk hari ke dua. Sudah mula mesra dengan staf-staf dari company tersebut sebab banyak aktiviti yang di buat bersama. Mereka memang ramah dan baik. Dalam bilik seminar tu ada disedikan air kosong. Tapi bukan air suam ker, air kosong ke apa. Air sejuk, penuh ais. Siap berpeluh2 jug tu. Suhu dekat luar tu 16 darjah celcius kot. Aku memang tak minum la, yang geng2 mat saleh ni baru 2 jam kursus dah abis sejug. Aku bagi la jug aku. Kecian nampak macam haus gila.

Bosan dalam kursus
Bosan dalam kursus

 

Masa waktu rehat aku dan opismate aku dibawa oleh CEO ke city menaiki kereta dia sebab ingin membeli simcard sini. Lagipun roaming aku dah la problem dan aku tidak mahu abiskan duit bayar roaming data plan. Kami beli prepaid (orang sini panggil prepay). Simcard percuma dan hanya perlu topup 20 Euro untuk dapat call,sms,internet tanpa had percuma. Berbaloi kan kalau tidak di darab 4. keh3..

Khamis (14 Ogos 2014)

Hari pertama masuk ke opis disini. Pagi-pagi kami dijemput menaiki teksi untuk ke opis yang terletak di Little Island. Jaraknya lebih kurang 15 minit menaiki kereta. Jalan kaki,lebih kurang 1 hari.muahaha.. Sampai di opis kami di tunjukkan tempat duduk kami. Lagi satu, ceo company tu siap sediakan tempat solat. Yang paling aku terkejut dia siap tahu kiblat mengadap mana. Pergh..aku memang respek la kat dia. Lepas tunjukkan tempat duduk kami dibawa sekitar opis. Ditunjukkan tandas, bilik meeting, pantry, tangga kecemasan semua sekalilah.

Awek mat salih tunjuk jalan pergi beli makanan
Awek mat salih tunjuk jalan pergi beli makanan

Dalam pukul 11 pagi salah seorang staf company tu bawa kami untu ke kedai yang kami boleh beli barang makanan tengah hari. Nama kedai tu Spar. Jaraknya lebih kurang 1.5 km. Kami berjalan kaki pergi ke sana. Macam-macam makanan di sana. Tapi.. ada satu dua benda sahaja kami boleh makan selain roti dan buat. Takkan tengah hari hendak makan roti dengan buah. Perut orang melayu, walau macam mana sekalipun hendak nasi.hihi.. Nasib baik ada nasi beriani segera yang siap ada tanda halal. Bukan halal JAKIM yer, kalau hendak cari halal JAKIM kat sini maknanya semua benda korang tak makan.

Balik dari opis, aku akan mulakan tugas aku sebagai chef dan aku ada 2 kitchen helper iaitu housemate aku. Hendak kata sedap, aku pon tidak pasti. Aku tanya diorang, diorang kata ok. Berani tidak kata ok, aku tak masak baru tau. hahaha.. Alhamdulillah. Aku sudah dapat adjust biology clock badan aku. Aku berjaya tidur ikut waktu sini.

Jumaat (15 Ogos 2014)

Pagi-pagi di opis dimulakan dengan standup meeting. Stand-up meeting adalah satu meeting yang kejap. Apa yang kita buat dalam meeting tu. Setiap orang akan menceritakan secara ringkas apa yang dia buat semalam dan apa yang dia akan buat hari ini. Bagi aku ini macam public speaking. keh3.. Time inilah akan kantoi siapa yang tiada kerja. Jadi majority akan cari kerja sebab takut tidak tahu apa hendak cakap dalam stand-up meeting. Hari ini kami diperkenalkan beberapa tools yang digunakan di company ini antarnya Teamwork, Jira, Git dan lain-lain.

Khudbah jumaat
Khudbah jumaat

Solat jumaat, sebelum ini CEO company tersebut telah membuat research dimana terletaknya masjid dan sendiri akan hantar ke masjid untuk hari ini sahaja. Dia tahu tempat tapi tidak pasti location yang sebenarnya. Kami mencarilah di kawasan kilang-kilang, sekali nampak orang pakai jubah mean sudah dekat tu. Maka jumpalah. Tengok dari luar nampak macam gudang lama, tapi dalamnya selesa. Bilik air dan tempat wuduk pon selesa. Yang paling best, tandas ada paip air!

Sesudah solat CEO pesan suruh call dia untuk dijemput tapi lepas solat jumpalah ramai orang Malaysia di situ dan dengan baik hati hendak bawa kami pergi makan dan hantar kami pulang ke opis. Masa makan dia ceritalah berapa lama dia sini dan apa yang benda best yang kami boleh buat selain tidur dalam bilik.

Maka habislah minggu pertama di sini. Sekarang sudah hendak masuk minggu ke 4, ada dua minggu lagi cerita aku. Itupon kalau rajin menulis. Aku abiskan setakat ini sahaja sebab hendak tidur, esok hendak kerja. Orang di Malaysia bercuti menyambut merdeka yang jatuhnya pada hari ahad tetapi kami berkerja sebab sini tidak sambut merdeka.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Minggu 1 : Cork, Ireland

Leave a Reply