Membuang Semak Samun Di Blog

Assalamualaikum, selamat pagi ahad semua! Pergh, lama sungguh aku tidak update blog. Hampir tiga minggu lamanya. Dah naik semak samun blog aku. Oleh itu hari cuti ni aku amik peluang yang ada untuk menebas sedikit semak samun nie.hehe..

Lama tidak update pelawat pon sudah lari. Ye la, buat ape nak masuk asyik tengok entry yang sama. Dah macam sticky post lak. Aku sebenar sudah lama pulang ke tanah air. cewah,tanah air la sangat. Sebenarnya aku telah pulang ke sini hari khamis. Sampai jer klang terus gerak ke Putrajaya jumpa skyone sebab hendak ambil coklat yang aku order masa dia pergi Langkawi hari tu.

Perut sudah lapar tunggu dia dekat sejam, pastu kami pergi la makan kat Presint 9. Tiba² aku teringat cik helena yang duk area cnie gak, jd apa lg aku mesej la dia ajak lepak. Karang merajuk lak macam Norfa, kata tak ajak dia.Padahal aku ajak dia, dia yang kata tak der kereta. Takkan la aku nak amik dia? Penat drive dari Perak pon tak hilang lagi.

Tengah lepak² makan muncul lak idea untuk mengasah sore yang tak sedap ni. Maka geraklah kami ber3 ke Alamanda untuk berkarok. Ambil 20 lagu jer, tiba² aku tengah berduet dengan cik helena muncul la red linda. Dari mana dia datang pon aku tak tau.Tiba² jer dia muncul.Yang aku pelik macam mana dia tau kami karok kat bilik mana satu.Muskil jap..haha..

Maka habis la sesi untuk hari khamis tu. Ade banyak lagi hari untuk aku bercerita. Tunggu post seterusnya…

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Membuang Semak Samun Di Blog

Leave a Reply