Setelah bersengkang mata dan berkhemah di McD ini, akhirnya Emisyntech telah berpindah ke tapak hosting baru. Emisyntech menggunakan perkhidmatan Internet Webhosting setelah agak sekian lama menggunakan perkhidmatan percuma dari Blogger.
Dihoskan oleh Internet Webhosting
Selain menggunakan tapak hosting baru, Emisyntech telah berubah platform dari Blogger ke WordPress. Walaupun masih baru dalam WordPress, Emisyntech akan belajar dan teruskan belajar. Emisyntech berharap pelawat dapat memberi maklumbalas dan cadangan kepada Emisyntech dari masa kesemasa kerana hosting ini di tahap ujilari lagi. Jika terdapat error page atau terlalu slow untuk load jangan malu-malu beritahu kepada pihak Emisyntech dengan membalas post ini atau kalau malu email terus ke admin[at]emisyntech[dot]com. Segala maklumbalas dan cadangan pihak saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Akhir kata, “Yang elok bagi tahu rakan, yang buruk bagi tahu saya”
Yang Benar,
Editor Emisyntech





