Emi’synTech VS Anak Perak

Banyak iklan digi kat blog aku ni.Alhamdulillah, rezeki aku kot sebab pengguna digi.hehe..ade kena mengena ker? Ha ni nak bagi tau cerita best, post aku untuk Project Alpha dapat ditayangkan di page rasmi Projek Alpha dia fb. Teruja sangat, yer la newbie macam aku ni baru nak berjinak-jinak dengan projek alpha. Lain la macam orang lain yang sudah popular dan dah lama terjebak dalam bidang blogging ni. Aku ni baru setahun jagung (Knp stahun jagung? jagung brp lama utk masak?).

Ada yang tidak perasan selain blog Anak Perak ini, aku ada blog lagi satu yang diberi nama Emisyntech. Blog itu lah yang 1st wujud sebelum Anak Perak ini. Agak sukar juga nak menjaga dua blog dalam satu masa. Dengan komitment kerja lagi dan tanggungjawab sebagai suami. (haha..macam dah kawen jer). Jadi korang jangan kutuk aku jika lama aku tidak update blog ini. Mungkin aku banyak update blog lagi 1.

Apa beza Anak Perak dengan Emisyntech? Bezanya banyak. Nama dah beza,url dah beza, design dah beza, content lagi ler beza cuma yang sama owner jer. Emisyntech ni aku more 2 current issues, entertainment, event, totorial dll. Cara penulisan juga berbeza kerana menggunakan bahasa melayu asli (Tanpa bahan pengawet tiruan). Anak perak ini pula more 2 my personal life, lebih kurang diari pon ade gak. Jadi sesiapa memilih untuk bacaan berat boleh ke emisyntech dan untuk bacaan santai, disini lah tempatnya.



About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.