SUASANA SEKITAR MAJLIS AKIKAH ARIF HAZIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sabtu lepas, majlis akikah untuk anak kedua aku, Arif Hazim. Total cost untuk majlis yang mana termasuk kos khemah (kerusi meja) + kambing golek (dan desserts berkaitan) + makanan catering adalah RM 2,150 untuk seorang anak. Kenduri kali ni gabung dengan adik aku untuk anak pertama dia, Adeeb Rizqi. Majlis berlangsung di kediaman rasmi mama dan ayah di Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya.

Adeeb dan Arif

Sepanjang majlis, nasib baik Arif tak meragam. Dia nak tido, dia bantai tido. Agak lapar, bangun kejap minum susu then jumpa tetamu lepas tu sambung tidooooo. Senang kerja mak kau anak oi! Ha ha

Arif Hazim 2

Jangan ingat Arif tido kosong je. Itu tido sambil buat kira-kira tuuuu… “Berapa agak-agak RM boleh collect hari ni eh?” Ha ha

Jpeg

Tema : kapal terbang ala-ala awan Dania gitu.

Tema tu sebab adik laki aku kerja kat KLIA. Ada la kena mengena dengan kapal terbang walaupun tak ‘bawak’ kapal terbang. Ha ha

Baby craddle ni sponsored by Lon’s Suefiza Studio. Errr…Tak silap aku, owner company ni family belah adik ipar aku jugak.

Ikutkan aku, memang tak ada lah aku nak pasang baby craddle ni. Ni kerja adik ipar aku lah ni. Dia kalau bab-bab deco ni, memang suka. Ikut suka kamu la dik oiii… Akak layankan ajer. :-D

Adeeb Rizqi 3
Adeeb & Mama Tikah

Inilah keluarga kecil kami… Papa + Mama + Afiq + Arif

Jpeg

Menu wajib kenduri adalah…

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

kambing golek

KAMBING GOLEEEEKKKK!!!

Untuk kambing golek yang menyelerakan lagi sedap ni, suami ‘beli’ kat EA Inspire Ent. Serius sedap! Pada siapa yang tengah mencari kambing golek sedap untuk akikah atau mungkin function lain, boleh contact Facebook EA Inspire Ent.

Dia punya sedap sampaikan adik ipar aku pening kepala makan daging kambing terlampau banyak! Siap bercita-cita nak makan lagi. Bila entah dia nak makannya pun aku tak tahu. He he.

desserts
Untuk dimakan bersama kambing golek…

Siap ada macam sijil lah lebih kurang…

sticker akikah arif hazim

Ini kalau print buat sticker pun cantik jugak ni. Dah macam sticker kenderaan UiTM pulak! Ha ha ha.

Nak tepek banyak-banyak gambar bayi yang diraikan…

Arif Hazim 5
Arif & Tok Andak tapi panggil Umi
Arif Hazim 7
Arif & Mak Ngah Izzati
Arif & Wan Bibah
Arif & Wan Bibah

Belanja 1 gambar Arif yang punya payah nak senyum, tapi entah macam mana boleh TERsenyum pulak masa snap pic dia ni…

Jpeg

Aku rasa sebab duit tu Arif senyum. Kalau letak RM lagi besar, mungkin lagi BESAR senyuman Arif! Ha ha.

Makanan banyak jugak yang lebih tapi nasib baik sedara mara rajin nak tapau bawak balik! Ha ha.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *