PENGALAMAN ANAK KECIL NAMPAK HANTU.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kau orang mak bapak yang ada anak kecil, pernah ada pengalaman anak nampak hantu tak? Ke mak bapaknya yang nampak hantu?Eeeeeiiiii!

Malam… tengah duduk bersandar sebab keletihan lepas kenduri akikah Arif siangnya, suami tiba-tiba cakap nak bawak anak keluar pergi jumpa atok dan opahnya yang menginap sementara di homestay area Puchong.

Tak sampai 30 minit pergi, suami dan Afiq dah muncul semula depan pintu rumah. “Aik? Cepatnya balik..?” Aku pelik.

Suami sengih-sengih “Haaa…nanti B cerita sebab apa…”

Ok semua dah duduk menghadap nak tunggu apa cerita?

“Masa sampai kat simpang sebelum nak masuk taman perumahan homestay tu, tiba-tiba Afiq cakap “Tatak! Tatak! (Kakak! Kakak!)”. Siap dia tunjuk-tunjuk kat 1 tempat tu… Tapi bila B tengok, mana ada orang? Area situ memang gelap. Lorong pun macam dah hujung-hujung macam jalan mati…”

hantu

Errkk! Aku suspect tragedi Debaran Malam Jumaat yang lalu, kini berulang kembali.

Suami sambung cerita

“Bila sampai depan homestay, Afiq menangis-nangis taknak masuk rumah tu. Dah macam tu, B pun patah baliklah balik sini…”

Memang berasas lah instinct aku yang terasa tak sedap hati masa suami dan Afiq keluar tadi. Actually, instinct aku lebih pada risau keselamatan Afiq sebab dia tu budak kecik. Baru 1 tahun 9 bulan.

Persoalannya, betul ke Afiq nampak hantu? Entah-entah memang betul ada perempuan lalu situ. Mungkin orang gila main cak cak ke kan. Papa nya yang tak nampak sebab kan Papa rabun silau terlebih. He he.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply