VITAMIN UNTUK ANAK : SCOTT’S EMULSION

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sejak bergelar ibu, aku jadi bertambah prihatin terhadap keperluan insan kesayangan iaitu ANAK. Apatah lagi anak kecil memang memerlukan penjagaan rapi baik dari segi kebersihan, pemakanan juga kesihatan.

Advertisement

Dalam bab kesihatan, sememangnya semua ibu bapa inginkan anaknya sentiasa sihat dari sebarang penyakit. So, macam-macam usaha akan dibuat termasuk kaedah sentuh dan belai anak pun diambil kira untuk memastikan anak sihat . OK, aku tergolong dalam kategori cerewet-juga-kadang-kadang dalam bab uruskan anak ni.

Dari segi keperluan kesihatan dalam aspek pemakanan, macam-macam jenis jenama vitamin sebagai makanan tambahan yang dijual di pasaran. Bagi aku, apa-apa pun, bergantung kepada keperluan dan tak lupa juga kemampuan :-) Ikut logik akal aku ni, keperluan anak kecil adalah vitamin yang membantu beri perlindungan terhadap penyakit. Walaupun bukan 100% berkesan kerana ambil kira faktor cuaca dan keadaan sekeliling di mana si anak berada juga faktor pemakanan harian, at least, aku cuba untuk beri ‘perlindungan’ pada anak.

Jadi, untuk tujuan ini, aku nekad untuk memilih

V

V

V

V

V

scottsemulsion
Minyak ikan kod Scott’s Emulsion dalam perisa asli dan oren

Sebagai vitamin dan makanan tambahan untuk Afiq.

Masa aku kecik dulu pun mama bagi aku dan adik Scott’s Emulsion sebagai vitamin. Mama kata “Alhamdulillah.. anak-anak mama jarang demam atau mudah sakit bila mama bagi makan ni…”. Dengan izin Allah, juga usaha manusia, in sha Allah baiklah kesihatan kita :-)

Masa dulu, hanya ada perisa asli (warna putih) yang rasanya sangat-tak-sedap bagi kebanyakan orang tapi sangat sedap bagi aku dan adik.

Dan sampai sekarang aku masih ingat bagaimana rasa kelat-kelat-sedap perisa asli Scott’s Emulsion ni, dan aku ‘apply’ pula pada anak dan Alhamdulillah Afiq boleh terima. Malah, akan menganga mulutnya kalau aku suakan sudu nak suap lagi. Haaaiihhh… salah gaya, overdose jugak karang. He he.

Bakal Abang Long ketika usia 1 tahun
Bakal Abang Long ketika usia 1 tahun

Aku mula bagi Afiq vitamin ni bila umur dia dah 1 tahun. Dos yang aku berikan pada Afiq adalah 10 ml x 1 kali setiap hari. Lebih kurang sama dengan 2 sudu teh.

sudu teh
Sudu Teh

Antara kebaikan yang boleh didapati dari Scott’s Emulsion adalah :

1) DHA – Amat penting untuk pertumbuhan otak yang sihat, penglihatan yang baik serta pertumbuhan saraf-saraf yang baik. FAKTA : 60% otak manusia diperbuat dari lemak yang banyak didapati dari DHA. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. DHA boleh diperolehi dari pemakanan.

2) Minyak Ikan Kod & Vitamin A – Membantu membina daya tahan terhadap jangkitan penyakit. Penting pertumbuhan otot dan memelihara kesihatan dan kecergasan kanak-kanak.

3) Vitamin D – Memelihara pertumbuhan gigi dan tulang agar sihat dan kuat.

4) Kalsium & Fosforus – Memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna.

Kesimpulannya, minyak ikan kod Scott’s Emulsion ini membantu tubuh badan mendapat keperluan harian seperti Vitamin A, Vitamin D, Kalsium dan Fosforus akibat pemakanan yang kurang seimbang atau apabila keperluannya meningkat.

P/s : Bukan anak kecil je yang perlu vitamin bagai. Kita yang dewasa pun kena ambil peduli juga.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

15 thoughts on “VITAMIN UNTUK ANAK : SCOTT’S EMULSION

  1. Hai.. saya bru nak cuba bg anak umur 3 thun mkn.. sbb berat sgt rendah .. ble membantu menaikan berat bdn anak ka vitamin ni..

    1. vitamin ni secara khususnya membantu beri zat2 yg diperlukan oleh badan anak. kalau nak cuba utk naikkan berat badan anak, try vitamin sprti appeton lysine yang membantu menambah selera makan anak. Kdg2 anak kecil ni, berat x naik wpun makan banyak sebab dia aktif.

    1. setahu saya, bayi berumur di bawah 1 tahun TIDAK BOLEH diberi scott emulsion ini. sila rujuk pada label pemakanan yg terdapat pada botol.

  2. Anak saya klo d.kasih scots yg ptih tda mau karn rsax yg tdak enak… minta saran bun gmna crax spya sikecil mau mnum,atau bisa d.cmpur susu ?

    1. jika campur bersama susu, mungkin anak tidak mahu minum susu kerana rasa susu sudah berubah.
      mungkin boleh campur bersama buah2an. buat seperti yogurt.

Leave a Reply