SIMPTOM HAMIL : BAYI LELAKI ATAU BAYI PEREMPUAN?

Assalamualaikum & salam sejahtera

Setiap pasangan suami isteri menginginkan zuriat sebagai tanda kasih sayang yang juga menyemarakkan lagi perasaan cinta antara satu sama lain. Harus diingat, hadirnya zuriat sebagai penyeri rumah tangga juga datang bersama tanggungjawab / amanah yang berat untuk digalas.

Bila si isteri disahkan mengandung, alangkah gembira bukan kepalang hati suami isteri kerana memang itulah saat yang dinantikan. Apatah lagi, bila tibanya saat kelahiran zuriat yang ditunggu selama 9 bulan 10 hari itu ke dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran ini.

Kalau ada pasangan yang bersedih mendengar berita seperti ini malah sampai tahap nak bunuh diri, itu something wrong somewhere. He he.

Dalam pada menunggu detik kelahiran, sudah pasti bakal ibu dan bapa itu teruja untuk mengetahui apakah jantina bakal bayi mereka. Di sini, aku kongsikan beberapa perkara yang boleh dikategorikan sebagai simptom dalam menentukan jantina bayi yang dikandung. Diingatkan, jangan percaya 100% simptom kerana lain orang lain ‘peel’nya. Juga, pengalaman aku sendiri ketika mengandung anak pertama, Afiq Hazim.

Afiq Hazim Senyum
Afiq di Floria, Putrajaya.

ANAK LELAKI

1- Jarang / kurang muntah / mual ketika di awal kehamilan.

Pengalaman : Alhamdulillah aku tak alami masalah alahan muntah yang teruk sampai pengsan / hilang selera makan minum / masuk hospital. Cuma rajin muntah bila nak gosok gigi waktu pagi. Muntah yang sedikit, lendir yang berwarna kuning pekat. Pahit  oi!

2- Bentuk perut yang memboyot kelihatan ‘tajam’ & rendah.

Pengalaman : Yang aku tahu, makin hari perut makin membesar. He he

3- Wajah mudah ditumbuhi jerawat. Ada yang mengatakan wajah nampak berseri.

Pengalaman : Alhamdulillah ketika mengandung dulu, wajah aku bebas dari sebarang masalah kulit. Cuma nampak kusam. Sebenarnya, hormon punya pasal.

4- Kecenderungan kepada makanan masin & masam juga protein (daging, telur, keju etc).

Pengalaman : Sejak azali aku tak gemarkan makanan masam. Memang tak sentuh langsung makanan masam contohnya asam malah tidak sesekali pun teringin untuk mengidamkan makan buah mangga / pelam seperti  kebanyak ibu mengandung. Lebih suka kepada makanan manis.

5- Posisi tidur lebih gemar mengiring ke kanan (utara)

Pengalaman : Ya! sangat selesa.

6- Hidung lebih kembang dari biasa. Bentuknya bak jambu air.

Pengalaman : Jenuh jugak aku tanya suami. Jawapan dia “tak kembang pun…”.

Dah lahirkan Afiq, baru aku tergerak nak ‘Google’ pasal ini. Dalam simptom-simptom yang aku senaraikan tadi, aku lebih percaya pada NALURI aku sebagai seorang ibu waktu tu. Naluri aku kuat mengatakan bahawa aku mengandungkan ANAK LELAKI walaupun aku cuba untuk menafikannya. Jadi, aku percaya dan tahu apa itu erti ‘naluri seorang ibu’. :-)

Bayi Perempuan

ANAK PEREMPUAN

1- Alahan muntah yang teruk.

2- Perut melebar ke tepi.

3- Wajah kelihatan kusam kerana dikatakan bayi di dalam kandungan mengambil seri wajah ibunya.

4- Kecenderungan kepada makanan yang manis.

5- Posisi tidur lebih selesa menghadap kiri (selatan).

6- Mual kepada makanan / aroma yang bersifat ‘tajam’ seperti cili.

7- Si ibu rajin berhias.

Alhamdulillah, aku merasa mengandung buat kali ke-2. Memasuki trimester ke-2. Setakat ini, simptom campur-campur. Berteka-teki jugak lah pasal jantina anak ke-2 ni. Ikutkan hati, kami suami isteri inginkan anak perempuan. Ikutkan rezeki, kami terima seadanya asalkan sihat dan sempurna :-)

Senang cerita, agak-agak yang tak puas hati atau ragu-ragu tu, sila buat detail scan, 3D atau 4D scan. Boleh cuba servis itu di Ultrasound 3D 4D Malaysia – Dr Siti Scan. Mengandung dulu pun aku buat detail scan dengan Doktor Siti ni. Servis baik dan Alhamdulillah kami suami isteri berpuas hati :-)

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “SIMPTOM HAMIL : BAYI LELAKI ATAU BAYI PEREMPUAN?

Leave a Reply