10 TIPS MEMBERI MAKAN KEPADA BAYI : SEAWAL 6 BULAN

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Tiba-tiba aku tergerak untuk berkongsi beberapa perkara atau tips tentang pemakanan di usia awal bayi. Mengikut kata pakar, pada usia bayi seawal 6 bulan adalah usia minimum seseorang bayi itu afdal diberi makanan pejal. Sebab? Kata pakar pada usia ni perut bayi baru boleh mula terima makanan pejal. Jika tidak, kemungkinan buruk seperti usus tersumbat boleh berlaku kerana usus bayi yang belum matang tidak mampu memproses bahan pejal.

Aku adalah salah seorang antara ibu-ibu dalam dunia ini yang agak excited bab nak bagi makan pada anak. Masa Afiq kecik-kecik dulu, aku dok tunggu jer bila lah Afiq nak sampai umur 6 bulan. Bila masuk je umur 6 bulan, inilah makan pertama untuk Afiq

Bubur Nasi Kosong
Bubur Nasi Kosong

 

Di sini aku ‘share’ beberapa tips yang aku dan suami amalkan sejak mula beri makan pada Afiq. Itu pun hasil dari bacaan kami tentang pemakanan awal bayi dari pakar. Antaranya:-

1) Elok mulakan dengan makanan yang rasanya ‘plain’. Sebab?

a) Ia adalah sebagai pengenalan kepada perut dan usus bayi akan makanan pejal supaya perut bayi tidak ‘terkejut’. Perlahan-lahan kayuh orang kata :-)

b) Kalau pertama kali dah bagi makanan dengan perlbagai rasa seperti rasa manis contohnya, ada kemungkinan bayi akan menolak untuk makan makanan yang rasa ‘plain’ seperti nasi. Dah payah pulak nak bagi sumber karbohidrat lain sebagai ganti nasi.

2) Semestinya dalam bentuk ‘puree’ iaitu makanan yang bertekstur halus. Terpulang nak blender atau lenyek.

3) Elakkan penggunaan bahan perisa tambahan seperti gula, garam, ajinomoto (bawah 1 tahun). Jika mahu, gunakan rasa-rasa yang pelbagai yang datang dari sumber sayur-sayuran atau ikan. Contohnya:-

a) Masin – dari ikan bilis

b) Manis & Masam – dari buah-buahan atau sayur-sayuran seperti kentang, brokoli, tomato dll

4) Sampai waktunya, boleh pelbagaikan lauk untuk makanan bayi. Sekali lagi diingatkan NO perisa tambahan!

5) Selang seli makanan ruji dengan buah-buahan. Still dalam bentuk ‘puree’. Buah-buahan membantu dalam proses perkumuhan. Pernah sekali bagi makan betik pada Afiq, memang lawas & rajin betul dia berak. Sampai sekarang kalau makan buah, macam itu lah kesannya.

6) Beri makanan dalam kuantiti sedikit tapi banyak kali. Ini kerana, saiz perut bayi yang masih kecil. Amalan kekerapan 1-2 kali sehari pada awalnya. Kemudian boleh ditingkatkan kepada 2-4 kali sehari bergantung kepada keperluan bayi.

7) Beri makan ikut ‘timing’ yang sama. Sebab? senang nak kenalpasti jika bayi lapar pada waktunya.

8) Pastikan anak dalam keadaan selesa ketika makan. Posisi baring / duduk bersandar mana-mana yang boleh. Afiq kalau makan mesti nak duduk walaupun masa umur 6 bulan tu baru belajar nak duduk. So, bersandar pada badan papa atau duduk pada kerusi bayi.

9) Beri makanan yang sama kepada bayi dalam masa 3-4 hari. Sebab? mudah nak kenalpasti sama ada bayi ada alahan kepada sesuatu makanan.

10) Perkara paling WAJIB & UTAMA dalam proses ini adalah SIFAT SABAR! Sebab? Memang ada bayi yang akan menolak jika diberi makan. Buat ibu bapa yang tiada pengalaman (Beginner) jangan mudah give-up dalam berusaha. Cuba beri makan sedikit demi sedikit sambil buat sesuatu untuk menarik perhatian bayi untuk makan (gaya bebas ikut citarasa ibu bapa. He he)

Alhamdulillah Afiq memang jenis pemakan dan tiada masalah semasa awal pengenalan kepada makanan pejal. In sha Allah aku akan ‘share’ tips lain tentang keibubapaan supaya kita sama-sama boleh belajar. Kalau ada apa-apa info tambahan, boleh lah kongsi kat sini :-)

Gambar makanan kredit pada blog ini

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.