Berbuka Puasa Sebelum Vampire Suck

Assalamualaikum. Entri ini sambungan dari entri sebelum ini yang bertajuk Keracunan Angkara Bazar Ramadhan. Selapas pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan kami pergi ke Jusco Bukit Tinggi, saja jalan-jalan mehilangkan bosan. Di Jusco tidak membeli apa-apapon just belikan Ferrero Rocher untuk cinta hati aku sebab sudah janji dengan dia masa dia merajuk hari tu.

Lepas bosan-bosan jalan-jalan tidak tentu hala di Jusco Bukit Tinggi, kami gerak la ke One Utama menaiki kereta masing-masing sebab nanti malas hendak patah balik ambik kereta. Sampai di One Utama, ada pulak sesi rakaman rancangan Jangan Tidur Lagi edisi raya. Antara artis yang di jemput, Ajai dan isteri, Aziz M Osman dan isteri dan Sharifah Shahira dan suami. Pengacara dia Adlin Aman Ramli dan band Kristal. Layan la kami sementara tunggu Cik Helena dan Skyone sampai.

Advertisement

Aku dengan Linda pergi la cari tempat untuk berbuka nanti. Karang sampai lak diorang kebulur lak. Jumpa la tempat makan yang simple dan murah iaitu The Chicken Rice Shop. Tanya Norfa yang dia dengan chenta hati dia hendak join skali or x sebab nak reserve table dan order makanan. Dia pula dengan yakinnya cakap tak sempat. Aku order la untuk 4 orang dan menunya :

  • Pai Tee (Large)
  • Gado-gado
  • 1/4 Chicken (Braised)
  • Hong Kong Beef Stew
  • Towfoo with Oyster Sauce
  • Ipoh Bean Sprouts (Large)
  • Sai To Fish Balls (Regular)
  • 4 bowls of Rice
  • Soup of the day
  • 1 jug of Ice Lemon Tea

Dalam 6.30 sampai la cik helena dan skyone. Duduk sembang bincang sekali dapat mesej dari Norfa kata sudah sampai. Udah, tadi kata tak sempat. Pergilah tanya kedai makan tadi ada kosong or x.Penuh dah la.huhu..kecian diorang.Kalau bagi tau awal² sedapnya dapat table bulat. Tapi ko ingat ko Norfa, sepanjang kami makan asyik ingat ko jer, mana taknya lauk tak abis. Aku hendak tapau untuk korang toikei kedai tidak kasi. Sorry gambar masa makan tiada sebab semua kebulur tahap sebulan tidak makan, tambah² cik helena.


Ha, inilah bakal-bakal mangsa vampire.hoh? :p

Lepas makan sesi tengok wayang pula. Cerita Vampire Suck, ticket free dari Nuffnang. Aku, Linda, Norfa, Cik Helena dapat ticket jadi berlebih dua ticket. Time tu la, Cik Helena dan Linda jadi ulat ticket.haha..Nasib baik jumpa orang untuk diberi lebihan ticket tu,kalau tidak rugi jer.


Dari kiri Skyone, Cik Helena, Cik Norfa, Cik Linda, Anak Perak

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Berbuka Puasa Sebelum Vampire Suck

  1. sape amek gambar berlima tu?? sape? hahaha…cian boypren aku takmasuk frame. tp takpe..dia bukan blogger..muahaha
    korang kejam…takmo bagi kitorg mkn chicken rice shop.pastu mmbazir…membazir amalan syaitan tau…..uwaaa!!

Leave a Reply