Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyusukan baby Akif dengan susu ibu sehingga kini. Memasuki tempoh 1 tahun 6 bulan, kategori ‘Master in Breastfeeding’.
Pengalaman menyusukan Akif Mama rasa lebih mudah berbanding anak sebelum ini, Arif. Mungkin sebab dah ada serba sedikit ilmu dipraktikkan dan pengalaman, so apa-apa masalah lazim tentang penyusuan susu ibu, Mama berjaya handle.

Tapi.. Sejak bermula PKP, dari 18 Mac 2020 hingga 2 bulan kemudian, Akif ada 24/7 dengan Mama. Maka lebih mudah untuk Mama menyusukan Akif secara terus.
Pernah sekali Mama terpaksa tinggalkan Akif beberapa jam dengan Papa. Bila balik rumah, Papa kata “Akif reject susu botol!”. Baik susu perahan yang chill atau pun yang beku tapi dah cairkan awal. Dah syok menyusu terus dari Mama, mana kan mahunya puting getah tiruan, ye tak? He he.
Akif dikategorikan sebagai nipple confuse ke?
Papa kata kalau minum air dari botol minuman guna straw, Akif okay je. Nak try letak susu dalam botol minuman, risau nanti Akif trauma tak mau dah minum air dari botol minuman. Kena try juga nanti.
1 Jun 2020, Mama mula masuk kerja. Seperti biasa, Mama bekalkan beberapa botol susu ibu perahan. Habis kerja, jemput Akif dan pengasuh Akif kata “Akif tak mau langsung susu botol..! Tahan betul dia minum air masak dalam botol dia tu je…”

Hmmm.. semalam je, 12 oz susu perahan kena buang. Frozen breastmilk. Bila dah dicairkan, hanya bertahan 12 jam sahaja untuk diminum. Hari ke-2, cuba bekalkan dengan susu perahan semalam.
Tapi nasib baik Akif bukan jenis picky-eater. Nasi, sayur, mee, pasta, daging, telur, ayam semua dia makan. Air masak memang rajin minum. Alhamdulillah, jenis nak makan. Mama bagi 2 thumbs up untuk selera makan Akif.
Sebab itu Mama tak risau sangat bila Akif tak mahu menyusu / reject susu botol di siang hari. Akif cukup makan dan minum. Itu paling penting untuk pembesaran dia.
Mama cuma terpaksa menyerah bila malam, Akif melekap sakan dengan Mama sampai Mama tak banyak masa untuk buat kerja lain.
Berbaki 6 bulan sahaja lagi untuk melengkapkan tempoh 2 tahun penyusuan susu ibu untuk Akif. Cepatlah masa berlalu. Mama tak sabar nak dapat ‘PhD in Breastfeeding’ pulak.
ingatkan nipple confuse ni masa bayi bawah 6 bulan je sebab dia kecil lagi. alhamdulillah anak saya tak de masalah nipple confuse walaupun masa pkp asyik melekap je. mungkin sebab kadang2 walaupun bersama, ada juga bagi dia mnyusu guna botol. mungkin sebab tu kot tak confuse.
itulah.. Mama mmg bagi direct je sepanjang masa ada dengan Akif. tak terfikir pulak akan reject botol..
terima kasih sebab share. antara topik yang sebenarnya saya suka untuk tidak baca hehe. tapi sekarang ni saya adalah juga menjaga anak akak saya, jadi serba sedikit tahu daripada kakak saya.
heheheh..x apa, info awal untuk kegunaan aeril di masa hadapan =)
Lama gak dua tahun anak susu badan… susu ibu memang terbaik cuma tak semua bole sampai lama…
good parenting tips. banyak ilmu parenting saya boleh belajar even belum ada anak hehe
alhamdulillah, semoga bermanfaat
Fasa yg susah eh untuk anak kecil and mak mak jugak hehe… belajar minum botol ye akif ye… :p
aminnn…semoga doa acik fifah yg comel ni dimakbulkan..aminnn
sy dulu sampai anak 3 tahun. Susah betul nak putus susu. Huhuh. Tapi alhamdulillah dia tak nipple confuse. Dia terima je susu walaupun dalam botol.
Btol jugak lain anak lain penerimaan. Mcm anak ena no2 ok pulak 2 2cara die nak. Senang nak buat keje. Harap boleh bf lama. Doakan ena.
in sha Allah.. semoga urusan kita semua dipermudahkan..aminnn
hehe..samalah, anak sebelum ni pun 3 tahun still nak bfeed lagi..tapi anak yg ke-3 ni je peel lain macam sket.hehe
Terima kasih share info ni walaupun saya takde pengalaman lagi tapi insyaAllah untuk masa depan hehe..
sama-sama… semoga bermanfaat..
Oo macam tu rupanya kisahnya. Terima kasih sharing cerita ni, nanti mana tau satu hari saya ada pengalaman yang sama macam ni..
sama-sama.. semoga bermanfaat
mmg lain anak, lain peel dia. insyaAllah dengan praktis, baby mudah terima nanti
insha Allah, amiiinnn…
Saya anak-anak bf sampai 2 tahun juga. Good luck mama. 6 Bulan je lagi..nanti cabaran juga tu nak wean off
in sha Allah..doakan semoga urusan kita semua dipermudahkan..
Bagusnyaa Aqil, walau susu botol dia reject, tapi selera dia makans emua makanan tu paling Sis suka, sebagai seorang Ibu kalau nampak anaknya suka makan dan pemakan, itulah saat paling membahagiakan, walau anak dah tua bangka pun hahahahah
Alhamdulillah..Akif nk makan minum mcm kita yg biasa ni. Tak risau sangatlah..
Ye betul, penat2 masak, anak makan sampai habis, seronok sangat rasanya :-)
Memng kadg budk konfuse mana satu niple sebenr.. Lagi puting botol tu kalau tak sme diaorg tak suka. .nasib baik dia dh makan.. Takde risau
Baru2 ni je. sebelum ni elok je Akif nak susu botol..
Alhamdulillah selera makan minum sentiasa ada.
Sharing yang bermanfaat untuk ibu ibu di luar sana. Saya tak ada penglaman lagi dalam benda benda macam ni. tapi entri ni buat saya paham struggle seorang ibu tu macam mana
Alhamdulillah..semoga bermanfaat
Sama la. Anak pun tk suka minum bottle. Suka melekat je. Agaknya sbb ada bau badan ibu dn lebih suka susu fresh rasanya
ha ah..bau badan ibu penyedap rasa susu.hehe..
sama dengan my nawfa , memang kurang menyusu kat rumah pengasuh. 2 bulan je lagi. lega dah rasanya
Alhamdulillah..sikiiit je lagi eh nak habis tempoh menyusu tu…