Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ya Allah… baruuuu je 1 tahun yang lepas, Mama sibuk daftar dan persiapkan Afiq untuk ‘masuk’ ke SRAI bagi Tahun 1/2020. Kali ini, Mama kena persiapkan untuk Arif pula.

Mama harap sangat Arif juga berjaya ‘masuk’ ke SRAI sama macam Afiq. Sebab?
- SATU sesi persekolahan, SATU uniform sehari, SATU ‘jalan’ belajar subjek KSSR & KAFA di dalam SATU sekolah.
- Transit sekolah agama-sekolah kebangsaan. Bila tengok rutin transit, renyah pula rasanya. Jadi Mama usaha untuk sediakan Arif untuk kemasukan sekolah 1 sesi, pagi-petang di sekolah yang sama.
- Gabungan kurikulum KSSR dan KAFA.
- Guna pakai silibus dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, lepasan UPSR dari SRAI, boleh memohon untuk ‘masuk’ ke MRSM/SBP.
Mama kena lebih gigih persiapkan Arif untuk perjuangan Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) SRAI nanti. In sha Allah Mama akan track dan follow semula usaha yang pernah Mama buat untuk Afiq sebelum ini. Cuma mungkin kena buat beberapa perubahan sebab Arif ni jenis suka belajar main-main.
Mama kongsikan antara sedikit usaha Mama dalam persiapkan Afiq untuk UKS SRAI sebelum ini
KOLEKSI SOALAN UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH (UKS) SRAI
PENGALAMAN PERTAMA KALI ANAK MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SRAI 2019
Semoga ada rezeki untuk anak Mama, Arif. Amiiinnn…
*UPDATE Pendaftaran Kemasukan ke SRAI
Pemohon perlu mengisi borang secara online. Bermula 16 April–15 Mei 2020 – Permohonan Menduduki Ujian Kelayakan Sekolah SRAI (UKS)
Borang Permohonan Kemasukan Ke SRAI & Borang Pengesahan Mastautin Negeri Selangor, sila klik SINI

Mengikut surat makluman dari JAIS, ibu bapa/ penjaga perlu menghantar borang manual di SRAI yang ingin didaftarkan. Bermula 10-30 Jun 2020. Peringatan, hanya 1 permohonan untuk 1 SRAI sahaja yang akan dipertimbangkan.
Sekian, untuk makluman semua.
senang kalau dpt sekolah rendah agama intergrasi ni sbb 1 sesi je..dr pg smp ptg
betul.. lebih mudah sebab dalam sekolah yang sama
wahh banyak juga kelebihan dengan sekolah SRAI ni ya. tak apa… insyaAllah nanti bila Afiq dah sekolah mesti dia akan rajin belajar bila dapat suasana kawan-kawan yang suka belajar. all the best untuk Afiq!
in sha Allah..aminn..tq:-)
Senang kan kalau ada satu sesi je persekolahan. Anak-anak pun tak penat dan terkejar-kejar untuk tukar baju dan bersedia untuk sekolah sesi seterusnya di sekolah yang berlainan
betul tu. sebab mudah utk anak, mudah juga utk ibu bapa. insha Allah…
Good sharing. kadang parents taktau camna nak apply. panduan yang bagus untuk parent’s
Kan..sbb sekolah SRAI ni terhad. Jadi info pun mungkin terhad .
InsyaAllah didoakan moga anak anak berjaya dapat pembelajaran di SRAI ini dan menjadi anak soleh.
Aminnn..in Sha Allah..terima kasih
Dah mula ya pendaftaran . Moga berjaya permohonan sebab mudah bnak uruskan anak-anak bila satu sekolah dan sesi yang sama .
Betul tu..ada abang tlg tgokkan adik.hehe..in sha Allah..amiiinn
Semoga dapatdapat satu sekolah ye. Senang dapat satu sekolah kan. Banyak juga aktiviti ye.. . Bgusla.
In Sha Allah..semoga ada rezeki utk anak2 sama sekolah..
Pendaftaran dah mula buka untuk tahun depan ya. Mudah kan ibu bapa sebab sesi persekolahan dalam sekolah yang sama. Anak saya tahun depan baru daftarkan dia sekolah
Ha ah..sebab mudah urusan..
alhamdulillah saya pun dah register anak utk tahun 2022. tapi sk biasa shj
Alhamdulillaahh.. semoga urusan dipermudahkan urusan
Terima kasih atas perkongsian ini kebetulan mmg ada merancang nak hantar ank ke sekolah inu
Sama2.. semoga ada rezeki anak2 kita..
Alhamdulillah sekarang makin mudah dan harap semua akan kembali normal dan juga sekolah akan dapat bermula lepas sahaja pendamik ini berakhir lama sangat budak-budak cuti ni hehehehe…
Alhamdulillaahh..mudah sbb 1 sekolah. Cuma prosesnya lah nanti kena exam tu tak mudah.hehe
Nak daftar tapi jarak dari rumah memang jauh giler..hehe..
Heheh..yelah.kena ambil kira juga jarak destinasi senang nak plak apa yg patut..
Alhamdulillah… tahniah, dah nak masuk tahun satu dah ya… mudah juga kan apabila sekolah satu sessi… nak uruskan hal anak sekolah ni macam-macam nak kena difikirkan… semoga anak-anak dapat menjalani sessi persekolahan seperti sedia-kala selepas kita berjaya mengawal penularan pandemik ini ya..
In sha Allah..semoga pandemik ini cepat berakhir.
Sekarang semuanya kena isi online kan. Dari sesi tadika sekalipun parent dah kena alert register anak masing2. Thanks for sharing
Ha ah..lebih mudah nak capai..
You are welcome..