Assalamualaikum dan salam sejahtera
PKP dek Covid-19 dah berjalan selama 2 minggu. Ada baki lagi 2 minggu sehingga 14 April 2020. Tepu rasanya otak bila duduk dalam rumah terlalu lama. Lebih lagi bila memang tak akan ada peluang langsung untuk jalan keluar bersiar-siar, cuci mata, ambil angin atau beriadah luar dari kawasan rumah.
Afiq, Arif dan baby Akif, 3 orang budak kecil yang aktif dan perlukan aktiviti fizikal dan mental walaupun kena #StayAtHome. Papa dan Mama? ‘mental’ je rasa melayan ragam dan kerenah 3 anak. Ha ha!
Apa lagi? Mama kena siap sedia dengan idea aktiviti untuk anak-anak. Antaranya
1) LATIHAN KAWALAN MENULIS

Arif, 6 tahun Mama bagi latihan macam ni dapat membantu Arif supaya menulis dengan lebih kemas. Tak lama lagi dah nak masuk Tahun 1. Karang jenuh dan pening pula cikgu nak fahamkan tulisan cakar ayam.
Ada yang nak sampel latihan ni? Boleh klik nombor Whatsapp Mama -> 0132604487
2) MANDI KOLAM & BERKHEMAH

Bagi anak-anak tingkatkan keyakinan diri bila dalam air. Anak boleh belajar kawal dan stabilkan badan. Mainlah air puas-puas, jeritlah seriangnya sebab nanti bila dah kembali ke rutin biasa, tunggu bercuti ke hotel je lah baru merasa mandi kolam lagi. He he!
Dah alang-alang main air, apa lagi? Main game lah! Nak buat pertandingan renang, kolam kecil je.


Sekali sekala buat aktiviti dalam khemah. Asyik duduk kat kerusi-meja belajar pun, bosan juga kan?
3) PERMAINAN KAD & BLOK UNO

Papa dah lama teringin nak main benda alah UNO ni tapi nak beli kat store, mahal! Sempena PKP ni, banyak sale. Apa lagi? Shopping timeee! Ha ha ha!
4) PERMAINAN KAD DONKEY

Sejak zaman Mama kecil lagi dah ada mainan kad ni. Beli dekat kedai buku lama dah. RM 1.50 je sekotak.
5) TIUP KAPAS MASUK BEKAS

Alatan : bekas, kapas muka dan anak! Ha ha!
Awalnya Mama buat game ni untuk baby Akif tapi abang-abang dia yang excited lebih nak main. He he!
Aktiviti macam ini melatih kebolehan anak untuk meniup, kawal pandu arah angin, dan skill nak tiup dan aim masuk gol! Mama join main game ni, 2 round je dah nak putus nafas rasanya! Ha ha ha!
Selain itu, ada juga Teacher tadika Arif bagi assignments. Jadi kurang sikit beban kepala Mama nak fikirkan aktiviti.

Banyak sampai tak terikut dah! Ha ha!
Kalau nak buat pun, memang kena ikut mood baby Akif. Dia tu memang selalu dengki bila Mama nak get along beraktiviti dengan Arif.
Jadi, bila nak buat aktiviti dengan abang-abang, Mama kena redhalah bagi baby Akif sepahkan rumah. Aktiviti bebas untuk dia. Ha ha ha!

6) ART & CRAFT – SPIDER (PERISTIWA HIJRAH NABI MUHAMMAD DI GUA THUR)

Alatan : kertas berwarna, gunting, gam, pen marker
Mengasah kemahiran menggunting ikut bentuk dan kreativiti mencorakkan spider ikut citarasa masing-masing.
7) ART & CRAFT – TIP DOODLING

Alatan : Kertas A4 siap dengan gambar, putik kapas, warna air
Stok warna air yang ada pun hanya warna asas (merah, biru, hijau, putih dan hitam). Jadi untuk warna oren dan ungu, Afiq dan Arif belajar campurkan 2 warna.
Merah + Biru = Ungu.
Merah + Kuning = Oren
8) ART & CRAFT – ANYAMAN TIKAR

Alatan : Kertas A4, kertas warna, gunting, dan gam
Boleh melatih fokus untuk ikut pattern selang seli corak dan warna dan skill tangan anak ketika menganyam.
9) LATIHAN FORMAL : BUAT LATIHAN SUBJEK SEKOLAH
Afiq pula, baru je cikgu sekolah bagi beberapa tugasan merujuk kepada buku aktiviti. Mudah je. Buat sekali jalan, siap!
Ada juga cikgu bagi link untuk belajar secara online. Selang-seli juga dengan buat buku aktiviti atau latihan yang ada kat rumah. Stok buku hasil dari borong buku kat pesta buku Big Bad Wolf. Ada juga yang Mama print out dari hasil carian di Internet

Bila datang time rajin dan ada kesempatan, dapatlah Mama design board game untuk Arif belajar mengeja perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Ingat anak-anak je yang nak beraktiviti? Papa Mama pun nak juga. So, ini salah satu antara aktiviti Papa dan Mama

Mama minat Matematik. Jadi asal boleh, Mama buatlah aktiviti selesaikan masalah Matematik untuk release stress. Haaa. Rare kan cara Mama release stress? Ha ha!
By the way, sesiapa yang cari cara mudah untuk belajar dan mantapkan asas Matematik, boleh roger Mama. Klik je nombor ni-> 0132604487
10) MASAK BERSAMA-SAMA ANAK
Papa suka masak sebab anak3 dan bini suka makan. Jadi, Papa try buat roti canai

Dah 2 minggu kedai gunting rambut tutup. Rambut anak-anak makin panjang. Rimas! Apa lagi? Papa sreeeeettt kan ajer mesin rambut yang ada. Habis gondol tiga-tiga. Ha ha ha!

LOL!
Oh ya! Kalau ada mak ayah yang nak dapatkan buku aktiviti/ buku latihan atau bahan mengajar untuk anak-anak, boleh Whatsapp Mama 013-2604487







sampai satu time, memang anak2 akan jadik bosan.
anak2 aida yg besar – buat homework, buat latihan, baca buku.
selebihnya, aida ajak diorang masak sama2. buat kuih la…
Ijat – tgk tg jer la dia. and ada jugak bantu2 buat keje rumah yg boleh la.
then, kami main kad uno, saidina, dam ular :)
abis la segalanya dikeluarkan buat menghiburkan hati dan isi masa.
itu lah, habis keluar semua brang dalam stor nak dibuat main.hehe
Belum ada anak lagi tapi anak buah dah ramai. Boleh cuba buat aktiviti2 yang best ni. Takda la 24jam tengok kartun saja kan.
betul..asik mengadap TV n gadget pun tak elok juga=)
Terima kasih atas tips. Tapi saya tak ada anak lagi hehe.
sama-sama =) apply pada anak buah, pun boleh.hehe
Rasanya dalam tempoh skg ini anak anak yang paling gembira sebab ada ibu bapa di rumah tak payah g umah pengasuh…so bole la main macam macam ni.
mcm tu lah nampaknya, =)
tips yang bagus buat para ibu bapa. pastinya aktiviti yang penulis suggest membantu parents during pkp
in sha Allah semoga bermanfaat =)
Teringat zaman kanak-kanak pula. Waktu PKP budak-budak la paling seronok, siapa yang berkeluarga inilah masanya spend time lebih sikit dengan anak-anak.
betul tu. ada hikmah di sebalik PKP ni. ambil masa untuk cipta ikatan dengan anak selalu =)
Seronok anak-anak tidaklah mereka bosan duduk dirumah, kerana sepanjang hari ada sahaja aktiviti yang mereka buat… moga covid19 dapat diputuskan dan PKP berakhir
Amiinnnnn..
wah 10 aktiviti..banyak jugak aktiviti yang anak-anak boleh buat..bagus rancang aktiviti anak-anak. takdelah dorang bosan dekat rumah :)
Anak x bosan, mak pak yg jenuh layan.hehe
Bagus sangat aktiviti ni semua..takde bosan budak2 kn..lagi buat benda berfaedah macam ni. boleh eratkan lagi silaturrahim..bila lagi nak bersama anak2 kan
In sha allah..harapnya bermanfaat lah masa2 yg ada..
seronok sebenarnya time PKP ni bersama anak2… masa ni la nak luang kan lebih masa dgn mereka… kita pun kena kreatif fikir nak main apa dgn anak2 ..hihi ni ada idea baru sis ni.. bole la za cuba
Kita yg kena jadikan pkp sesama keluarga ni moment yg seronok utk dikenang..?
Time PKP ni memang banyak aktiviti berfaedah anak anak boleh buat untuk elakkan mereka bosan. Betul tak? Masa nihlah kita dapat luangkan masa dengan mereka buat pelbagai aktiviti menarik.
Yelah..mmg jenuh juga nak berfikir lebih ligat utk buat aktiviti dgn anak2..
Hahahaha. Rasanya lebih 10 aktiviti kan. Kena bagi mereka seronok duduk rumah. Kita yang biasa kerja luar pun rasa trap dalam rumah. inikan anak-anak. dah 3 minggu kan. Tahniah kepada anak-anak.
Hahahha..lebih..dh x terkira.sebab idea tu mencurah-curah..tepek je..hhehe
yang masuk kolam tu rasanya dewasa pun rasa teruja nak join hehe..
Hahahah..sebenarnya begitulah.tapi space terhad.haha