Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 oleh Little Caliphs Meru, sebagai tanda sokongan, Papa usaha untuk sediakan T-shirt untuk Afiq & Arif yang bertemakan kemerdekaan.
Nak tempah, dah lewat sangat. Nak beli yang ready stock, mahal sangat pula. Sudahnya, buat lah sendiri. Yang simple je lah. Afiq & Arif pun dah excited sebab ada ‘baju merdeka’ katanya.

Baju t-shirt putih tanpa kolar, beli kat Pusat Pakaian Hari-Hari kat Pekan Meru tu. Harga dalam RM 6.00 – RM 9.00 sahaja sehelai. Depends pada jenama atau saiz.


Guna transfer paper untuk cetak dan tampal gambar pada t-shirt. Harga 1 pek (25 keping) ialah RM 25.00 .
Mula-mula Papa design corak ikut kreativiti dia. Nak bagi nampak WOW di mata anak, Papa letak gambar Afiq & Arif pada design baju setiap seorang.
Cetak gambar pada transfer paper. Pastikan gambar dicetak secara imej pantulan cermin. Boleh je guna printer dan dakwat biasa macam kita cetak kertas tu.
Lepas cetak, terbalikkan bahagian bercorak pada baju dan gosok dengan seterika!

Tahap kepanasan seterika, Papa cuba sedikit demi sedikit naikkan suhu. Maklumlah, pertama kali nak cuba benda baru.
Lastly, bila dah confirm gambar dah melekat pada t-shirt, tarik transfer paper tu perlahan-lahan. Lakukan sementara masih panas. Kalau dah sejuk, nanti bahagian belakang transfer paper tu melekat kuat pada t-shirt.
Hasilnya…
V
V
V
V
V
V
V
V


Puas hati Afiq & Arif dapat ‘baju merdeka’. Ok, tempahan t-shirt sempena merdeka, kini dibuka! ha ha! Gurau jeeeeeee :-p
Wow..best ni..info yg sgt bermanfaat..thanks for sharing
You are most welcome..
wow so easy to do it, just nice as my friends been thinking to make some. Now I know where to try them out, thanks to you!
Yes. It’s actually easy. Maybe applicable for dummies & for fun printing.. Hehe
Haaa senang diy sendiri, kalau nak tempah agak mahal jugak kan, hehe kreatif sangat
Tu lah.. Nekad tu buat sendiri sbb masa dh suntuk sgt nk guna ?
Menariklah buat sendiri, jimat pun jimat, nak buat pun senang.. Tak terfikir la pula nak buat sendiri., haha lepas ni dah tau dah nak buat sendiri..
Kannn.. Sekali sekala diy pun seronok juga tau..
Wah menarik ini. Harga paper tu mahal tak? Boleh nak try lepas ini. Terima kasih share cara2 hehe
Berpatutan lah harga paper tu.. Haaa.. Try lah. Nti semua baju buat corak muka sendiri pn boleh. Hihi
waa. senang rupanya nak buat baju macam ni. tapi kena print tu elok elok lah kalau tak nanti tak cantik.
ha ah..kena adjust betul2.make sure ratakan dulu kain sebelum iron
Fuyoooooo senangnyaaaaaa nak buat. Best tu boleh custom made design baju. Tq sgt share. Nak buat laaaa jugak. Ni lagi best klu dpt design cantik2 gambar tu. Seronok sgt!!
Ha ah rs seronok berganda lebih lg bila design sendiri..
Dulu selalu jugak guna seterika untuk lekat lencana sekolah. Rupanya sticker baju pun boleh guna kaedah yg sama. Mudah la lepas ni nk buat baju sendiri kan. Tak perlu hantar kedai
Kannn.. X terfikir idea dari dulu dh ada kn..
senang jer rupanya…murah pulak tu kosnya..jimat banyak…suak tengok muzim hari kebangsaan semuanya pakai baju bercirikan merdeka..rasa semangat gituhh hehe
haaaa..sebab tu budak2 ni beria nk pakai baju merdeka. syok & semangat sebab kawan2 pun pakai..
Baru tahu boleh buat sendiri.. boleh la nnt buat. Nak cantikkan baju anak2 dengan design cantik-cantik. Jimat pun jimat kan
Ha ah!jimat..biasanya tambah manik kat baju, ni boleh tmbah gmbar lagi.wohaaa
Thanks for sharing! Senangnya macam ni. Iron je?
sama-sama…selamat mencuba. Ha ah. iron je nanti imej tu akan melekat pada fabrik masa panas..
Uissshhh..mudah betul. Sal kena standby gak la DIY gini sebab anak² suka bgtau last minit. Jenuh nak cari kadangvtu especially aktiviti yang ada tema..tq sharing
bila ada anak kecil ni, memang kena sentiasa bersedia utk jadi kreatif n serba DIY.hehe..sama2..semoga bermanfaat
Menarik ni
nanti boleh la cuba sekali
jom cuba.kot seronok, habis semua baju t-shirt yg ada, nak tampal muka sendiri.hahaha