Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, Mama baru je selesai hantar borang pendaftaran untuk kemasukan ke Darjah 1 untuk Afiq bagi tahun 2020.
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web JAIS.

Selepas selesai hantar borang beserta dokumen sokongan yang lengkap, staf pejabat SRAI akan beri kad hijau. Kad pengesahan pendaftaran yang perlu dibawa ketika menduduki Ujian Kemasukan Sekolah (UKS) yang dijadualkan pada 29 Jun 2019 nanti.

Oh ya! Ada bayaran sebanyak RM 10 sebagai yuran UKS . Apa format ujian tu? Haaa… boleh rujuk entri ini
UJIAN KELAYAKAN UKS – SOALAN & FORMAT PEPERIKSAAN
Selepas tu, kena daftar secara online. Isi maklumat yang sama dalam sistem SRAI. Nanti akan diberi slip putih mengandungi link atau QR code untuk tindakan seterusnya.

Sebelum balik, sempat borak santai dengan Pak Guard SRAITAF tu. Katanya setiap tahun, lebih 500 permohonan kemasukan ke SRAI diterima tapi kuota kemasukan terhad kepada 120 murid sahaja. Kuota ditentukan oleh markah ujian yang tertinggi bagi 120 murid. Wallahualam…
Ceritanya lagi, dengan kelebihan 1 sesi persekolahan yang cover KSSR-KAFA, murid sekolah akan habis sekolah pada jam 3.30 petang. Ada kelas tambahan untuk murid Darjah 5 dan 6 sebab ada ujian besar pada tahun itu.
Untuk murid Tahap 1 (Darjah 1,2,3), ada kelas mengaji (tidak wajib) jika ada ibu bapa nak enroll untuk anak masing-masing sementara nak tunggu mak ayah datang jemput balik sekolah. Waktunya dalam jam 4 ke atas, selama 1 jam.
Ehhh… banyak lagi sebenarnya cerita Pak Guard tu. Tapi…. tak tergerak pulak nak tanya nama dia.
Macam mana Pak Guard tahu banyak perkara? Sebab anak dia ada yang bersekolah di situ! Ha ha ha.