Pulau Pinang bakal ada perkhidmatan LRT

GEORGE TOWN: Pulau Pinang telah bersedia untuk melaksanakan projek LRT sulungnya sepanjang 17.5 km yang menghubungkan Komtar dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dengan pembinaan yang dijadual bermula tahun depan, projek bernilai RM4.5 bilion itu merupakan sebahagian daripada pakej penyelesaian untuk negeri itu yang telah sekian lama berdepan masalah trafik.

Projek LRT ini, yang dijangka dianugerahkan pada Jun bakal menandakan pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang bernilai RM27 bilion yang telah lama ditunggu-tunggu direalisasikan, ia juga termasuk lebuh raya sepanjang 25km yang menghubungkan Bayan Lepas dan Tanjung Bungah.

bayan-lepas-lrt2

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Gamuda Bhd, IJM Corp Bhd, dan sebuah syarikat China telah disenarai pendek untuk melaksanakan projek-projek, yang sebahagian besarnya akan dibiayai melalui hak tebus guna tanah di negeri ini.

LRT dan lebuh raya baharu akan dibina menggunakan konsep Rakan Penghantaran Projek (PDP) di mana PDP akan campur tangan untuk menyelesaikan masalah yang perlu jika bahagian pembinaan gagal memenuhi kriteria pembinaan.

Dalam kes di Pulau Pinang, jika salah sebuah daripada syarikat dari Malaysia mendapat anugerah projek, ia mungkin perlu bekerjasama dengan syarikat China, terutamanya dalam pembinaan projek LRT.

Ia menampakkan seolah-olah syarikat China perlu memenangi kontrak tersebut.

Sumber : mStar Online

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply