SSPNi Plus : Elakkan hutang untuk belajar, mula menyimpan dari sekarang

Assalamualaikum, sekarang ramai yang dikenakan oleh CCRIS sampai hendak buat pinjaman kereta dan rumah pun susah. Pinjaman kereta boleh tangguh lagi, pinjaman rumah? Rugilah lepaskan peluang untuk memiliki rumah sendiri. Pada yang telah kena itu, mohonlah bayar. Terlajak perahu boleh undur, terlajak hutang kena bayar walaupun telah meninggal dunia.

Adakah anda mahu nasib anda menurun kepada anak-anak anda? Anda mahu anak anda menanggung hutang seperti anda? Mestilah anda tidak mahu anak anda merasa tersiksa seperti anda tambah-tambah lagi kos pengajian semakin meningkat :

Advertisement

kos_pendidikan

Statistik tersebut pada 2014 sebelum nilai ringgit makin susut. Sekarang? Sudah tentu makin meningkat. PTPTN juga tidak mampu untuk menanggung kos pengajian tersebut dengan menetapkan syarat lebih ketat untuk meminjam dengan mereka.

syarat-ptptn

Jadi apa tindakan anda seterusnya untuk mengelakkan perkara ini terjadi? Adakah anda mahu kes seperti dibawah berlaku baru anda akan sedar?

nasib_anak

Anda mempunyai pelbagai pilihan yang ada untuk menyimpan tetapi sejauh mana simpanan tersebut betul-betul memberi manafaat kepada anda dan anak-anak anda?

pilihan_simpananpilihan_simpanan_2

Saya ingin memperkenalkan skim simpanan pendidikan yang diberi nama Skim Simpanan Pendidikan Nasional Plus (SSPN-i Plus). SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Dari serendah RM30 sebulan anda akan mendapat manafaat seperti berikut :
sspni_poster
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran anda boleh ke portal SSPN-i Plus. Jangan tangguh lagi, menabung untuk simpanan Masa Depan.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply