Google Blogspot Menyokong HTTPS, Apa Pengguna Nuffnang Perlu Tahu?

Google telah mengaktifkan sepenuhnya penggunaan HTTPS untuk semua pengguna platform Blogspot. Dengan pengaktifan ini, pihak Google telah menambah satu settings diberi nama HTTPS Redirect. Setting ini membolehkan anda mengawal dari segi alamat url. Seperti contoh apabila pelawat memasukkan alamat http://anakperak.com HTTPS Redirect akan automatik mengubah url ke https://anakperak.com.

 

fig2

Apa kelebihan penggunaan HTTPS? HTTPS ini dapat melindungi privasi data yang dihantar. Selain itu pihak Google telah mengumumkan bahawa website/blog menggunakan HTTPS akan mejadi keutamaan dalam Google index. Bermakna, kalau anda membuat entri yang menggunakan keyword yang sama dengan pengguna HTTP. Google akan index entri anda terlebih dahulu kerana anda menggunakan HTTPS. Bila sudah index maka bila orang membuat carian Google makan entri anda akan muncul dahulu.

Pada artikal pengumuman tentang HTTPS ini juga, pihak Google telah mengingatkan :

Please be aware that mixed content may cause some of your blog’s functionality not to work in the HTTPS version.

Apa yang dimaksudkan ‘mixed content’? Maksudnya apabila anda menggunakan HTTPS anda tidak boleh memasukkan kod sumber dari luar yang tidak menggunakan HTTPS kedalam blog anda. Seperti contoh Nuffnang. Nuffnang tidak menyokong HTTPS dalam paparan iklan mereka. Oleh yang demikian, apabila anda menggunakan HTTPS di blog anda maka iklan Nuffnang tidak keluar kerana kod sumber di bawah telah dihalang.

<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "xxxxxx";
document.write( "<div id='nuffnang_lb'></div>" );
(function() {
var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';
nn.src = 'http://eccdn1.synad3.nuffnang.com.my/lb.js';
var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();
</script>
<!-- nuffnang-->

P/S : Bagi pengguna Adsense dan Innity, anda selamat kerana kedua-dua platform ini menyokong HTTPS.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Google Blogspot Menyokong HTTPS, Apa Pengguna Nuffnang Perlu Tahu?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.