Pada sesiapa yang pernah melihat cerita gameshow Wipeout di AXN Asia pasti akan teruja dengan pembukaan satu taman tema air yang diberi nama Frenzy Waterpark.
Konsep taman tema air ini menyerupai halangan yang terdapat di dalam cerita Wipeout tersebut. Taman tema air tersebut terletak di Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Walaupun nama hotel terdapat nama Pangkor namun ia bukan terletak di Pulau Pangkor, Perak.
Marina Island terletak di Teluk Muroh, Perak. Pada yang tidak pernah dengar Teluk Muroh pasti anda pernah mendengar Teluk Batik, Perak. Ya, ia terletak dekat dengan Teluk Batik, Perak. Pada yang tidak pernah dengar Teluk Batik, pasti anda pernah dengar Lumut, Perak. Ya, di berada di dekat-dekat kawasan tersebut.
Kalau Teluk Batik atau Lumut tidak pernah dengar. Bukalah Google Map untuk mencari. Untuk tahu lebih lanjut mengenai alamat lokasi sebenar dan harga tiket, sila rujuk poster diatas. Atau boleh ke Facebook page mereka, Marina Island Pangkor Resort & Hotel.
P/S : Musim-musim panas ni syok juga layan aktiviti air.