Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sejak bermula musim panas ni, aktiviti riadah untuk Afiq dan Arif lebih bertumpu pada kawasan redup / sejuk. Maknanya, dalam bangunan. Kalau boleh nak bagi anak-anak main kat padang tapi…. tak per lah. Asalkan luas macam padang pun okay. So, sampailah kami di Kidzoona, AEON Shah Alam. Kebetulan mall ni pun baru je mula beroperasi Mac lepas.
Harga tiket masuk adalah RM 17/seorang. Bayaran hanya untuk kanak-kanak sahaja. Pakai tag kat tangan. Unlimited time untuk hari berkenaan. Nak keluar masuk sesuka hati sampailah time AEON tutup, pun boleh! Dan maksima hanya 2 orang dewasa boleh temankan setiap budak.
“Model dari Jepun yang diterbangkan khas sempena pembukaan AEON” papa yang kata.. He he.
Tempat yang agak luas, selesa, dan bersih (mungkin sebab baru lagi).
Punyalah seronok si Arif berenang dalam kolam bola…
Hampir 2 jam jugak luang masa kat situ.
Agak banyak juga ruang riadah…
Ruangan ni memang ruangan kegemaran Afiq. Banyak masa dihabiskan kat area ni jer.
Sempat lah snap pic masa belum ramai orang. Tapi ada jugak ruangan lain yang aku tak sempat amik gambar. Leka tengok anak main. He he.
Oh ya. Kanak-kanak diwajibkan memakai stokin ketika bermain. Tapi penjaga macam ada jer yang tak pakai. Tak aci. Ha ha! Tapinya aku dan suami pakai la..
Ada 1 ruang permainan yang agak licin kalau berstokin. Ruangan yang ada trek macam jalanraya. Masa kami baru nak masuk ruangan tu, ada sorang budak tu, asyik jatuh je. Licin oi. Lastly, dia tak main kat situ dah. Be extra careful ya.
Ruangan ni lah yang licin tu.
Port masak-masak yang meeeemang menjadi kesukaan Afiq dan Arif…
Dari main berdua, sampailah budak lain datang join. Punya lama Afiq dan Arif main kat situ.
Lama sangat dok tunggu anak-anak main sampai puas, dengan bapaknya sekali join. Ha ha ha!
Vroommm! Vroomm!
Mula-mula Arif agak kekok macam mana nak paddle benda alah ni. Lebih kurang macam dok dalam walker. Arif tak biasa dengan walker.


Agak penat main kena banyak gerak, Afiq rest kat area ni..

Hah! Lepas ni ke mana pulak nak bawak anak-anak beriadah..