BAJU MELAYU UPIN IPIN & BAJU MELAYU AARON AZIZ DI JAKEL, SHAH ALAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Shopping raya awal-awal. Tak sesak. Senang nak dapat saiz. Kalau hujung-hujung, selalunya saiz tak adalah, warna tak berkenan lah, walaupun murah tapi tak dapat barangnya pun tak syok jugak.

Minggu lepas, kebetulan pengasuh Afiq & Arif minta cuti sebab nak uruskan hal sekolah anak. Suami dengan lajunya “Jom esok pergi Jakel. Kita shopping baju raya!” Yihaaa!

Jpeg
Pandangan Belakang

Budak Afiq ni, lepas aku pakaikan contoh baju melayu nak cari saiz, dia terus lari. Excited sangat tengok Upin Ipin merata-rata. Ha ha.

Jpeg
Pandangan Sisi

Pandangan depan? Tak de! Budak Afiq ni kemain susah kalau nak amik gambar dia dari arah depan. Pemalu orangnya. He he.

Harga? Bermula dari RM 79.50 untuk size 0. Afiq ni saiz 2/3. Harga RM 84.90. Pakej dengan butang baju dan sampin. Comel jugak butang baju & sampin dia.

Untuk si kecil sado, disebabkan Arif ni budak kecil badan sado, sesuailah kalau pakai baju melayu brand Aaron Aziz. Brand abang sado! He he.

Jpeg
Arif Hazim 7 bulan

Harga? Ikut saiz jugak. Untuk Arif, size 0, harga bermula dari RM 48.50. Tambah saiz, tambahlah RM. Itu pun dapat sekali dengan sampin budak.

Disarankan pergi shopping pada hari orang lain bekerja. Sesak oi kalau pergi hari cuti am. Boleh alter terus panjang / labuh baju melayu kat Jakel tu. Kena tunggu sikit lah. Aku hari tu pun pergi hari bekerja, dalam 30 minit jugak tunggu nak alter baju melayu Afiq. Ramai gitu-gitu lah orang shopping masa tu.

Untuk suami, dia pun berkenan baju melayu style Aaron Aziz. Harga RM 150. Siap dapat sampin dan butang baju melayu sekali. Ok lah harga tu kan.

Baju raya aku je belum beli lagi. Special sikit :-D

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply