SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 8)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 1)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 2)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 3)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 4)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 5)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 6)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 7)

Kebelakangan ini, Afiq tunjuk sifat ingin tahu keterlaluan bila mana dia asyik mengekori pergerakan aku dan suami. Kalau ada kat kampung, mengekor je bontot atok dan wan. Gerak setapak, dia 2 tapak. Yelah, kaki budak kecil kan pendek, langkah pun pendek. Kenalah double steps! Ha ha.

Pada suatu hari…

Situasi 1 : Atok sedang sibuk bercakap di telefon. Tiba-tiba Afiq datang berdiri depan kaki atok lalu dongak ke atas, tengok dan dengar perbualan atok (budak ni memang busybody)

Atok : Hello mat! Ni pakcik ni.

Disebabkan line tak clear

Atok : Hello! Hello! Mat! Pakcik ni!Pakcik lah ni! Dengar tak?

Mungkin si Mat tu cakap “siapa ni? siapa ni?”

Atok : Pakcik lah ni. Pakcik… pakcik (Pakcik : panggilan mesra antara ayah dan kenalan mudanya)

Tiba -tiba…

Afiq : Pa cik! Pa cik! (pakcik! pakcik!) * dok panggil atok sambil tepuk peha atok.

Ha ha. Muda sekejap atok kau Afiq oi.

Habis bercakap di telefon, atok terus gerak keluar dari rumah. Ada hal penting nak jumpa Mat katanya. Lepas beberapa tapak ayah menjauh dari pintu pagar rumah, Afiq dengan excitednya kejar atok lalu jerit…

Afiq : Pa cikkk! Pa cikkk! (panggil atoknya suruh bawak dia keluar jalan sekali)

Kah kah kah! Afiq… Afiq… :-)

 

Situasi 2 : Aku tengah lunch, suami tengah cuci pinggan sebab dah selesai makan. Afiq macam biasa buat bising kat depan TV. Tiba-tiba macam senyap sunyiii je. “Sah! Adalah kerja tak betul dibuat dek Afiq ni…” suami bebel. Masuk je hall

Afiq : A maaaakkk! (Alamak!) *muka saspens

Papa : Afiq buat apa ni…?! (Nada marah sikit)

Skrin tv gelap. Decoder Astro ‘boot’. Rupanya Afiq pergi tutup-buka suis utama.

Afiq : A wookkk! Ak auuu… (Ayokkk! tak tahuuuu) *gerak jari tangan

Nasib baiklah boleh on balik Astro & TV. Haaaiihhh…

 

Situasi 3 : Tengah syok main sepak bola, tiba-tiba “gedebuk!” 

Afiq : A maaakkk! Jatooohhh….

Katanya sambil tersengih. He he.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply