Assalamualaikum & salam sejahtera
Zaman makin moden. Ibu mengandung boleh tahu dan lihat jantina anak sebelum dilahirkan lagi. Alhamdulillah aku merasa peluang ini.
Meh aku nak share apa beza 2D, 3D dan 4D scan. Awal-awal dulu pun aku confuse jugak terms ni. (Tolong betulkan kalau aku bagi salah fakta)
Ayat lain merujuk pada ultrasound scan 3D / 4D ni adalah Detailed Scan. Maksudnya…

In sha Allah melalui Detailed Scan ni, bakal ibu bapa boleh tahu keadaan fizikal juga organ dalaman bayi dalam perut (muka, otak, jantung, saraf dll). Boleh tengok kot cukup ke tidak bilangan jari tangan dan kaki.
Waktu terbaik untuk buat Detailed Scan adalah ketika usia kandungan dalam anggaran 20-24 minggu. Sebab? Masa ni saiz bayi ngam-ngam soi la nak gerak sana sini. Tak terlalu kecil atau terlalu besar.
2x mengandung ni, 2x lah aku buat Detailed Scan ni. Motif? Selain dari nak tahu jantina bayi dalam perut, aku lebih utamakan untuk tahu keadaan dan perkembangan bayi. Tak kisah lelaki atau perempuan, yang penting sihat walafiat dan sempurna, Alhamdulillah.



Aku buat kat Klinik Famili Dr Wan Kamariah Sdn Bhd bertempat di Taman Setiawangsa, KL. Doktor yang in charge adalah Dr Siti Suhaila. And fyi, dia adalah ex-classmate masa sekolah menengah dulu. Kebetulan ada kenalan dalam bidang ni, aku support lah dengan beri kepercayaan juga harapan pada dia untuk terangkan keadaan bayi dalam kandungan ni ha.
Servis bagus, doktor yang sporting (aku puji bukan sebab kawan tapi sebab kenyataan). Kalau tak percaya, sila tengok dan baca segala macam testimonial yang bagus kat FB page klinik dia ULTRASOUND 3D 4D MALAYSIA – DR SITI SCAN

Kena buat appointment dulu sebab selalu FULL HOUSE. He he
Lastly, Dr Suhaila akan terangkan tentang perkembangan bayi sama ada berkadaran dengan usia kandungan, saiz juga berat bayi. Memang sangat details.
So, dengan harga hanya RM 180.00, aku dapat lah servis seperti yang dinyatakan ditambah dengan rasa puas hati dengan penerangan beliau. Memang disarankan untuk bakal ibu supaya buat Detailed Scan ini untuk tahu keadaan bayi supaya bakal ibu bapa boleh bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.
Hah! Dapat CD, bolehlah tengok gambar dan video anak dalam perut puas-puas. Nanti dah lahir, kenangan semua tuh… :-)
P/s : Sekarang dah 35 minggu kandungan. Nervous!
Tahniahh.. semoga selamat semuanya. Tak lama dah tu nak bersalin. Tyme saya dulu buat 3D, baby tutup muka pulak dengan tali pusat. Hihi
Terima kasih..in sha allah..harap2 sumenya berjalan lancar…:-)
ohh..
memang tak tahu apa-apa pasal scan 4d 3d ni semua..
Heee..dh tahu skrg ni kiranya jd extra ilmu la..kot2 la berguna nti:-)